Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga sekolah. Setakat ini tiada perkara yang serious berlaku di sekolah, cuma pagi tadi ada sedikit pergaduhan diantara pelajar tingkatan 1. Lepas rehat menengah atas pagi tadi, semua cikgu ada mesyuarat. Jadi pengawas bertugas untuk kawal pelajar dan pastikan mereka tidak balik awal. Secara jujurnya anna bagitahu ni, kawal pelajar menengah atas bukanlah suatu perkara yang mudah. Maklumlah bila dah bergelar 'senior' ni, semua nak tunjuk kepala.
Setelah penat buat rondaan, anna masuk kelas 1Cekal untuk jaga mereka. Tahu tak mereka semua peramah belaka. Bermacam soalan yang mereka tanya. Dan dikesempatan itu juga, banyak nasihat yang sempat ana sampaikan untuk diorang semua dan anna harap semua nasihat itu simpan di hati. Bila dah naik sekolah menengah ni cabarannya semakin besar. Jadi Iman dan fizikal kita kena kuat.
Anna takkan biarkan senior menengah atas hancurkan junior baru anna. Dan mereka semua dalam kawalan KAMI. InsyaAllah selagi junior anna di pihak yang benar, anna takkan berhenti berpihak pada kebenaran awak semua. Apa pun terima kasih sebab sudi temu ramah anna tadi. Heheh thanks a lot :)

Friday, 4 January 2013
Thursday, 3 January 2013
Hari pertama sekolah 2013
Hye ! hye ! hye, Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Ha, macam mana sesi persekolahan tahun 2013 ni ? Alhamdulillah hari pertama di sekolah berjalan dengan lancarnya. Seronok sangat masa datang sekolah hari pertama. Penuh dengan pelajar baru dari tingkatan 1. Yang paling anna suka sekali apabila lihat pelajar lelaki dan perempuan cukup 'smart' dan lawa. Dari atas sampai bawah lengkap dengan tali leher, tanda nama, lencana sekolah. Baju masuk dalam, kasut baru, stokin dan semuanya untuk pelajar lelaki. Yang perempuan cukup ayu dengan tudungnya, baju baru dan semua yang harus dipakai semasa berada di sekolah.
Anna harap sangat yang semua ni akan kekal sampai akhir tahun dan bukannya untuk seminggu atau dua minggu sahaja. Ha, kan nampak kemas kalau setiap hari semua pelajar macam ni :) Orang luar yang datang sekolah pasti akan terpegun dan tertarik dengan pelajar sekolah kita. Mesti kita nak macam itu kan ?
Macam biasa Tuan Pengetua kesayangan kami semua memberikan ucapan yang penuh dengan nasihat untuk semua anak muridnya. Betapa sayangnya dia pada anak muridnya. Dia juga ada menasihatkan kami semua untuk berlajar dengan bersungguh-sungguh demi masa hadapan kami semua. Lepas dah selesai semua di dataran sekolah, pelajar dilepaskan masuk ke kelas masing-masing.
Tahun ni anna menduduki peperiksaan PMR, batch yang terakhir. Guru kelas kami pada tahun ini Pn.Mahirah Binti Mohiyaddin. Dia akan mengajar kami matapelajaran kemahiran hidup bersepadu. Nak tahu carta organisasi kelas 3Cekal tahun 2013 ?
Ketua kelas : Muhammad Izzat
Penolong ketu kelas : Suraya
Bendahari : Muhammad Adzry
Ketua kebersihan : Afiq Mamat
Ketua Keceriaan : Imtiyaz
Semoga dengan adanya mereka ni, kelas akan terurus dan dapat membantu Pn.Mahirah menjalankan tugasannya :) Rasanya sampai di sini sahaja. InsyaAllah anna akan sambung lagi cerita ini pada hari lain.

Sunday, 30 December 2012
Pray For Setiawangsa
Assalamualaikum to all my dear friend. Dua hari yang lepas, Malaysia digemparkan dengan satu berita yang amat mengejut iaitu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Setiawangsa. Berdasarkan cerita tuan rumah yang rumahnya runtuh dua hari sebelum kejadian itu berlaku, lantai rumahnya sudah merekah dan menghubungi pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan. Katanya rekahan itu tidak 'serious'. Bak kata pepatah "Malang tidak berbau".
Masih anna ingat lagi, gambar pertama yang anna dapat jam 9.30malam masa kejadian itu berlaku. Tapi masa tu tidaklah seteruk yang sekarang. Bunyi dentuman yang kuat membuatkan penduduk yang ada berhampiran dengan kejadian tersebut terkejut. Ada yang ingat ia bunyi mercun. Maklumlah tahun baru kan dah dekat. Hehhe
Ini semua sudah ketentuan Allah s.w.t dan kita tak mampu untuk pertikaikan apa yang sudah tertulis. Allah maha mengatahui akan apa yang berlaku sekaran ini. Dunia ini hanya sementara yang dipinjamkan oleh Allah untuk kita semua. Kita harus berfikiran terbuka kerana kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.
Apa pun kita hanya mampu berdoa dan minta pertolongan dari Allah. Kerana segalanya Allah yang punya. Percayalah semua penduduk di Bukit Setiawangsa, Puncak Setiawangsa dan Taman Setiawangsa mempunyai kesabaran yang tinggi dan mampu terima ujian ini dengan tenangnya dan sebab itu lah Allah hantar ujian ini. Allah takkan pernah menguji ummat-Nya lebih dari kemampuaanya. Kuatkan semangat dan jangan pernah berhenti berdoa kepada-Nya.
Semoga semua penduduk di Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa serta Taman Setiawangsa dilindungi oleh Allah dan tiada perkara yang lebih buruk akan berlaku, insyaAllah. Bersama kita berdoa :)

Friday, 28 December 2012
Hari Orentasi
Alhamdulillah pagi tadi dekat sekolah anna, SMK Taman Seri Rampai ada orentasi untuk pelajar tingkatan 1 tahun hadapa. Semuanya berjalan dengan lancar sekali. Ramai yang datang dan tidak datang seorang diri. Datang bersama ibu atau ayah serta adik-beradik mereka. Comelnya anna tengok.
Harapan anna, semoga tahun hadapan pelajar-pelajar ini tidak akan cetuskan kekecohan dan masalah disiplin yang teruk di sekolah, amin. Dan dapat menuntut ilmu bersama kawan-kawan yang lain dengan tenang. Dah masuk alam sekolah menengah ini, tidak ada lagi 'MAIN'. Perlu tekun dan fokus dalam pembelajaran untuk mencapai apa yang di impikan :)

At Flora Kafe

Bagi anna, tak sempurna kalau pergi mana-mana majlis tapi tidak mengambil gambar. Dan itu yang paling anna suka. Tidak pernah sekali pun anna kisah akan apa yang orang lain nak cakap, janji anna tahu diri anna :) Terima kasih kepada siapa yang mencetuskan idea ni. Ia sangat unik dan lain dari yang lain dan anna memang suka dengan benda ni.
![]() |
Dan ini di pintu masuk. Oh yaa, lupa pula nak bagitahu. Majlis ini berlangsung di Flora Kafe, Amp Walk. Tempat yang cukup lawa dan majlis yang penuh denga kesederhanaan. InsyaAllah pada hujung tahun 2013, akan berlangsung perkahwinan Abang Hanif pula. Bersama kita doakan :)
Monday, 24 December 2012
Meet Afiq Muiz
Haritu pergi Karangkraf. Temankan mama jumpa aunty amie. Lepastu aunty bawa kitaorang 'round' tempat grafik, foto dan bilik studio. Ingat lagi dulu ada satu sahaja bilik studio, sekarang dah banyak. Bila masuk bilik studio tu rasa tak nak keluar sebab berangan tengah buat photoshoot modeling, heheh berangan much. Akhir sekali kami ke bilik studio f kalau tak silap anna. Tengah syok sandar dekat pintu tu, keluarlah Afiq Muiz. Memang terkejut dan macam tak percaya jumpa dia sebab sebelum ni tengok dalam tv. Apa lagi, tangkap gambar lah dengan dia.
Seriously dia sangat handsome dan seorang yang mudah berkawan, mungkin ? Kepada peminat Afiq Muiz yang lain jangan cemburu ye :p hahah. Korang pun akan dapat jumpa dia suatu hari nanti, insyaAllah :)
Seriously dia sangat handsome dan seorang yang mudah berkawan, mungkin ? Kepada peminat Afiq Muiz yang lain jangan cemburu ye :p hahah. Korang pun akan dapat jumpa dia suatu hari nanti, insyaAllah :)
Miss my kembar 3
Selamat petang dan assalamualaikum. Dalam sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung tahun 2012. InsyaAllah tahun yang akan datang lebih baik dari tahun ini, amin :) Hmm, anna rindu sangat dekat kembar tiga anna ni. Siti Rabiatul @OhhhTity, Nurul Asmadyana @Xsmxdyxnx & Era Syafinaz @EinazSyafinaz. Menghitung hari naik sekolah dan jumpa dengan diorang. Oh yaa ! Mesti banyak perubahan dekat korang kan. Seperti saiz badan, bertambah sihat. Nampak lebih ayu, comel dan lebih bertambah 'crazy' dia tu. Hahaha.
Seperti yang dirancang kami berempat nak ambil meja tahun ini ke kelas tahun depan. Agaknya dapat tak ? Kerana banyak kenangan di meja itu. Yang diconteng, terconteng semua adalah dekat situ. Bekarya di meja pun kami pernah buat, heheh nakal bukan ? Itu semua kisah tahun ini dan berjanji takkan buat tahun depan :) Anna berdoa agar tahun depan kita satu kelas lagi, amin. Dan menuntut ilmu dengan tenang untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun hadapan.
Sama-samalah kita berdoa. Apa pun, susah dan senang kami sentiasa berempat dan akan berjaya di dunia dan akhirat bersama juga :) Akhir kata, semoga awak semua sihat dan tak sabar nak jumpa !

Subscribe to:
Posts (Atom)