Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Friday, 4 January 2013

Meet my junior

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga sekolah. Setakat ini tiada perkara yang serious berlaku di sekolah, cuma pagi tadi ada sedikit pergaduhan diantara pelajar tingkatan 1. Lepas rehat menengah atas pagi tadi, semua cikgu ada mesyuarat. Jadi pengawas bertugas untuk kawal pelajar dan pastikan mereka tidak balik awal. Secara jujurnya anna bagitahu ni, kawal pelajar menengah atas bukanlah suatu perkara yang mudah. Maklumlah bila dah bergelar 'senior' ni, semua nak tunjuk kepala.

Setelah penat buat rondaan, anna masuk kelas 1Cekal untuk jaga mereka. Tahu tak mereka semua peramah belaka. Bermacam soalan yang mereka tanya. Dan dikesempatan itu juga, banyak nasihat yang sempat ana sampaikan untuk diorang semua dan anna harap semua nasihat itu simpan di hati. Bila dah naik sekolah menengah ni cabarannya semakin besar. Jadi Iman dan fizikal kita kena kuat.

Anna takkan biarkan senior menengah atas hancurkan junior baru anna. Dan mereka semua dalam kawalan KAMI. InsyaAllah selagi junior anna di pihak yang benar, anna takkan berhenti berpihak pada kebenaran awak semua. Apa pun terima kasih sebab sudi temu ramah anna tadi. Heheh thanks a lot :)

Thursday, 3 January 2013

Hari pertama sekolah 2013

Hye ! hye ! hye, Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Ha, macam mana sesi persekolahan tahun 2013 ni ?  Alhamdulillah hari pertama di sekolah berjalan dengan lancarnya. Seronok sangat masa datang sekolah hari pertama. Penuh dengan pelajar baru dari tingkatan 1. Yang paling anna suka sekali apabila lihat pelajar lelaki dan perempuan cukup 'smart' dan lawa. Dari atas sampai bawah lengkap dengan tali leher, tanda nama, lencana sekolah. Baju masuk dalam, kasut baru, stokin dan semuanya untuk pelajar lelaki. Yang perempuan cukup ayu dengan tudungnya, baju baru dan semua yang harus dipakai semasa berada di sekolah.

Anna harap sangat yang semua ni akan kekal sampai akhir tahun dan bukannya untuk seminggu atau dua minggu sahaja. Ha, kan nampak kemas kalau setiap hari semua pelajar macam ni :) Orang luar yang datang sekolah pasti akan terpegun dan tertarik dengan pelajar sekolah kita. Mesti kita nak macam itu kan ?

Macam biasa Tuan Pengetua kesayangan kami semua memberikan ucapan yang penuh dengan nasihat untuk semua anak muridnya. Betapa sayangnya dia pada anak muridnya. Dia juga ada menasihatkan kami semua untuk berlajar dengan bersungguh-sungguh demi masa hadapan kami semua. Lepas dah selesai semua di dataran sekolah, pelajar dilepaskan masuk ke kelas masing-masing.

Tahun ni anna menduduki peperiksaan PMR, batch yang terakhir. Guru kelas kami pada tahun ini Pn.Mahirah Binti Mohiyaddin. Dia akan mengajar kami matapelajaran kemahiran hidup bersepadu. Nak tahu carta organisasi kelas 3Cekal tahun 2013 ?

Ketua kelas : Muhammad Izzat
Penolong ketu kelas : Suraya
Bendahari : Muhammad Adzry
Ketua kebersihan : Afiq Mamat
Ketua Keceriaan : Imtiyaz

Semoga dengan adanya mereka ni, kelas akan terurus dan dapat membantu Pn.Mahirah menjalankan tugasannya :) Rasanya sampai di sini sahaja. InsyaAllah anna akan sambung lagi cerita ini pada hari lain.