Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Friday, 4 January 2013

Meet my junior

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga sekolah. Setakat ini tiada perkara yang serious berlaku di sekolah, cuma pagi tadi ada sedikit pergaduhan diantara pelajar tingkatan 1. Lepas rehat menengah atas pagi tadi, semua cikgu ada mesyuarat. Jadi pengawas bertugas untuk kawal pelajar dan pastikan mereka tidak balik awal. Secara jujurnya anna bagitahu ni, kawal pelajar menengah atas bukanlah suatu perkara yang mudah. Maklumlah bila dah bergelar 'senior' ni, semua nak tunjuk kepala.

Setelah penat buat rondaan, anna masuk kelas 1Cekal untuk jaga mereka. Tahu tak mereka semua peramah belaka. Bermacam soalan yang mereka tanya. Dan dikesempatan itu juga, banyak nasihat yang sempat ana sampaikan untuk diorang semua dan anna harap semua nasihat itu simpan di hati. Bila dah naik sekolah menengah ni cabarannya semakin besar. Jadi Iman dan fizikal kita kena kuat.

Anna takkan biarkan senior menengah atas hancurkan junior baru anna. Dan mereka semua dalam kawalan KAMI. InsyaAllah selagi junior anna di pihak yang benar, anna takkan berhenti berpihak pada kebenaran awak semua. Apa pun terima kasih sebab sudi temu ramah anna tadi. Heheh thanks a lot :)

No comments:

Post a Comment