Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Monday, 24 December 2012

Miss my kembar 3

Selamat petang dan assalamualaikum. Dalam sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung tahun 2012. InsyaAllah tahun yang akan datang lebih baik dari tahun ini, amin :) Hmm, anna rindu sangat dekat kembar tiga anna ni. Siti Rabiatul @OhhhTity, Nurul Asmadyana @Xsmxdyxnx & Era Syafinaz @EinazSyafinaz. Menghitung hari naik sekolah dan jumpa dengan diorang. Oh yaa ! Mesti banyak perubahan dekat korang kan. Seperti saiz badan, bertambah sihat. Nampak lebih ayu, comel dan lebih bertambah 'crazy' dia tu. Hahaha.

Seperti yang dirancang kami berempat nak ambil meja tahun ini ke kelas tahun depan. Agaknya dapat tak ? Kerana banyak kenangan di meja itu. Yang diconteng, terconteng semua adalah dekat situ. Bekarya di meja pun kami pernah buat, heheh nakal bukan ? Itu semua kisah tahun ini dan berjanji takkan buat tahun depan :) Anna berdoa agar tahun depan kita satu kelas lagi, amin. Dan menuntut ilmu dengan tenang untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun hadapan.

Sama-samalah kita berdoa. Apa pun, susah dan senang kami sentiasa berempat dan akan berjaya di dunia dan akhirat bersama juga :) Akhir kata, semoga awak semua sihat dan tak sabar nak jumpa !

No comments:

Post a Comment