Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semua yang anna sayang. Sekarang ni dah nak masuk bulan 6, kalau nak dikira tinggal 1bulan je lagi menjelang puasa dan 2bulan lagi menjelang hari yang dinanti-nantikan iaitu Hari Raya.
Haaa, sebut pasal raya tahun ni family anna tema warna pink/merah jambu. Korang semua warna apa ? *Jawab sikit x) Kalau nak cerita pasal raya, rasa-rasa 1hari pun tak cukup. Haih maklumlah, kita ni kalau bercerita pasal raya ni memang laju tak terkata.
Cerita pada hari terakhir puasa di kampung anna :
Pagi :
i. lepas sarapan pagi kami semua ada tugasan masing-masing,
ii. ada yang tolong di dapur, ada yang tolong pasang langsir, kemas rumah dan lain-lain.
iii. ada juga yang tolng melayan kerenah kanak-kanak ribena tu :)
Tengahari :
i. operasi masak ketupat bermula.
ii. pakngah and along akan basuh tingkap
iii. kemas bahagian luar rumah.
iv. dan lain-lain *malas nak tulis xP
Petang :
i. biasanya kami semua akan tolong abah/atuk masukkan duit raya dalam sampul. masa tu memang berebut-rebut nak tolong.
ii. adik-adik saudara cuci lantai luar rumah, terus mandi siap simbah-simbah air lagi. suasana petang tu memang best sangat
Malam :
i. anna dengan operasinya, macam biasa duty anna suka gosok baju.
a. akan gosok baju-kena cepat nanti tunggu lama pula kan. faham-faham je lah kan
ii. lepas selesai gosok baju, mula lah sesi main buka api. selalunya kami lah pembuka tirainya
hahaha benda tu perkara biasa untuk kami.
iii. keselamatan tu memang diutamakan. dalam suka-suka kami masih lagi kawal keadaan agar tidak ada yang cedera.
Rasanya sampai disini sahaja yang anna dapat kongsikan. Nanti ada masa anna cerita lagi ye. Bye

Wednesday, 30 May 2012
Tuesday, 29 May 2012
Nur Daniella
Morning everyone ? How are you today ? Haa kali ni nak tulis pasal dua orang budak yang sangat comel.
Nur Daniella & Nur Damia dua beradik yang mempunyai keunikan tersendiri. Terutamanya si Nila tu...pantang dia nampak anna, mesti melekat je dengan anna xD *bangga jap.
Apa pun yang terjadi nanti Aunty takkan pernah lupakan Nila & Mia. Aunty always sayang korang berdua.
My princess Nila and Mia ! <3
Sambutan Hari Guru- SMKTSR
Disebalik tabir acara sukan untuk guru-guru.
Inilah dia senior pengawas anna. Dorang ni tak putus-putus beri tunjuk ajar dekat anna.
Penghibur kami dikala taj happy. Haha
Persiapan para pengawas untuk menyambut para guru.
Semua muka takda perasaan je. Lol just kidding x)
Kakak Fasihah and Wan Nurul. Sama cantik kan mereka ni. Otak gilo-gilo semua ni :p
Gelagat kawan baik anna yang always senyum walaupun tak happy.
Sayang korang okay !
Saturday, 26 May 2012
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru tak kira bangsa dan agama. Tanpa guru kita kosong, tiada apa-apa untuk diamalkan. Seseorang yang bergelar guru tidak pernah kenal erti putus asa untuk mendidik dan memberi ilmu kepada anak muridnya.
Mereka tidak pernah pernah rasa jemu dan bosan untuk mencurahkan segala yang mereka ada untuk kita semua. Tapi pernahkan kita berfikir bahawa adakah kita menghargai apa yang diberi dengan sebaiknya ? Jawapannya dalam diri kita.
Kalau nak dikira akan apa yang telah dicurahkan untuk kita, memang tak dapat untuk kita menghitungnya ! Guru ibarat lilin yang membakar diri kita dan ibarat lampu yang sentiasa menerangi hidup kita
- SELAMAT HARI GUR -

Selamat Hari Ibu
Buat semua wanita di dunia ini yang bergelar ibu, mama, mommy, umi, dan mak anna nak ucapkan Selamat Hari Ibu. Biarpun lewat nak ucapkan tapi anna rasa Hari Ibu disambut setiap hari, cuma pada tanggal 13/05 setiap tahun ianya disambut dengan lebih meriah lagi untuk dia yang tersayang.
Tanpa ibu siapa lah kita ini. Ibu banyak mengorbankan masa dia untuk anak-anaknya dan tidak pernah sekali pun dia mengeluh mengatakan yang dia penat melayan karenah kita setiap masa. Seorang ibu itu juga tak pernah minta anak-anaknya membayar semula akan semua wang yang telah dia keluar dan belanjakan untuk kita.
Ibu hanya minta kita balas semua jasanya dengan cara, belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan yang cemerlang buat dia serta menjaga maruah dan nama baiknya sebagai ibu kepada kita semua.
Selama 9bulan 10hari dia membawa kita dalam kandungan. Jasa dan pengorbanan ibu memang tak terkira dan tidak ternilai untuk kita. Buat semua, sementara ibu kita masih ada hargai dan sayangilah dia sepenuhnya dan buatlah dia gembira sentiasa.
Akhir sekali anna nak ucapkan SELAMAT HARI MAMA buat mama anna tersayang dan SELAMAT HARI IBU, MOMMY, UMI & Mak buat semua wanita yang sudah bergelar Ibu ! <3

Saturday, 5 May 2012
Assalamualaikum, rasanya dah lama tak update story baru dekat sini. Kehidupan kita takkan lengkap tanpa kawan. Seseorang itu yang bergelar kawan, sahabat atau rakan kepada kita dia akan sentiasa berada disisi kita dikala senang atau susah dan suka atau duka dengan niatnya berkawan kerana Allah s.w.t.
Semua kawan-kawan kita banyak faham akan setiap perangai kita baik atau buruk. Kita tawa sama-sama dan kita tangis sama-sama. Dalam persahabatan juga, allah akan beri ujian dan akan menduga hanya untuk kita lebih rapat dan mengenali diantara satu sama lain.
Tapi ingin anna cerita sekarang ni, anna dah buat salah dekat seorang kawan anna dan bergelar senior kepada anna. Anna bersyukur sangat kerana dikurniakan kawan macam dia, tapi sayangnya anna TAK MENGHARGAI langsung hubungan persahabatan dia dengan anna.
Anna banyak fikir perasaan anna sahaja yang perlu dijaga, perasaan dia langsung anna tak pernah fikir. Hanya kemarahan anna sahaja yang anna tahu. Sakitnya hati dia tak pernah anna nampak. Anna redha kalau ini semua takdir dariNya.
Mungkin dah tertulis dia hanya hadir sekejap sahaja dalam hidup anna. Apa-apa pun anna nak ucapkan terima kasih kepada senior anna itu sebab bagi anna peluang untuk berkawan dengan dia walaupun sekejap sahaja.
-Anna.

Subscribe to:
Posts (Atom)