Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Monday, 24 June 2013

The Haze



Dear friends, Anna harap awak semua jaga kesihatan. Jerebu semakin teruk sekarang ni :'( Kepada yang beragama Islam, bersama kita doa pada Allah agar semuanya kembali pada sediakala :) Sejujurnya Anna bosan duduk rumah. Hmm, sukan sekolah dah dekat tapi keadaan macam tidak mengizinkan untuk kita sukan. Latihan kawad kaki, sukantara dan sebagainya terpaksa ditangguhkan.




Ya Allah, hanya padaMu kami memohon pertolongan :')

Larian Kitar Semula

Assalamualaikum, selamat tengahari semua :) Diharapkan semua dalam keadaan yang baik. Seperti mana yang kita tahu, pada cuti Sabtu atau Ahad tidak ramai yang akan melakukan aktiviti pemanasan badan, betul tak ? Ada yang lebih gemar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.

  Pada Sabtu, 16.Jun yang lalu Era, Siti, Anna dan Asma telah menyertai Larian Kitar Semula bersama dengan rakan-rakan yang lain juga Puan Sakinah dan Cik Jeeva :) Larian ini disertai oleh 40ribu orang peserta, banyak bukan ? Alhamdulillah larian ini dapat sambutan.

  Kitar semula adalah suatu perkara yang digalakkan. Ianya untuk menjaga alam sekitar kitar :) Tapi bila difikirkan semula, berapa orang sahaja yang sanggup untuk melakukan perkara ini ? Ada yang memberi alasan kitar semula tidak mendatangkan faedah dan ianya suatu kerja yang teruk. Hal ini kerana mereka yang berfikiran seperti adalah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja ! Seharusnya sikap kitar semula barangan terpakai harus dipupuk oleh semua orang.

Tidak lupa juga, buanglah sampah-sampah tersebut dalam tong sampah yang dikhaskan mengikut tempatnya.  Rasanya tidak susah untuk melakukannya. Demi menjaga kehijauan alam sekitar, kita perlu berganding bahu :) Kalau bukan kita yang hendak melakukannya, siapa lagi yang akan buat semua ini.

Hmm, semuanya terserah pada kita samada untuk menjaga alam sekitar ataupun tidak.


Thursday, 20 June 2013

Wif Ma Friends :)



We're awesome.
Selamat Pengantin Baru, 

Kak Kholidah :*


 Kakak Siti(sebelah kanan Anna), telah menamatkan zaman bujangnya pada 7.Jun.2013 :) Jadi kami bertiga mengisi masa lapang dengan menghadirkan diri ke majlis pernikahan tersebut.

Melangkah masuk ke kawasan masjid dengan penuh rasa gembira dan teruja, hahah *ayat poyo. Alhamdulillah semua berjalan lancar :) Lepas dah selesai semua tu, apa lagi kita makanlah kan xD Berangan ambil kuah mee kari banyak macam perut tu besar sangat, sudahnya tak dapat habiskan sebab pedas.

 Macam biasa, yang paling meriah tu KAMI lah. Aik, macam tak tahu pula yang kami ni awesoooome :* Hahaha. Oh yaa, baru teringat lepas dah selesai makan Mama Siti tanya soalan ni dekat Anna, As & Era.

 Mama Siti : Eh, ni datang bertiga je ke ? Mana orang sebelah. Yang tu tu tu. Pada awalnya agak blurr, tapi sampai juga kefahaman itu akhirnya. Hahah tak sangka aunty tanya kitaorang soalan tu..


Ehem ehem ehem, lepas ni Anna tunggu kad dari korang pula hehehe. InsyaAllah janji kita 8tahun lagi akan termakbul, doakan yang terbaik sahaja ye :) Tak lupa juga doakan persahabatan kami kekal hingga akhir hayat :*

Mid-Year Exam Done :)

 Assalamualaikum dan selamat petang semua :) Anna harap semua dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah Peperiksaan Pertengahan Tahun dah selesai, semuanya berjalan dengan lancar. Anna peroleh keputusan yang cemerlang :) Sekarang ni menghitung hari untuk Peperiksaan Percubaan PMR. Segala perasaan ada sekarang ni. Anna harap yang Anna dapat buat yang lebih baik dari yang sekarang.

  Hmm bila cakap pasal 'exam' ni ramai yang tak berapa minat untuk mendengar, betul tak ? xD
Cikgu pernah bagitahu dekat Anna yang 'exam' ni adalah untuk menguji di mana tahap kefahaman seseorang pelajar itu. Jadi kalau kita dapat jawab, maknanya kita faham dan memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas. Begitu juga sebaliknya.

  Apa yang Anna harapkan, kawan-kawan yang masih leka cepatlah sedar sebelum segalanya terlambat. Ingat, masa depan kita bukan orang lain yang tentukan tapi diri sendiri.