Assalamualaikum, hai semua. Pejam celik dah masuk dua minggu cuti sekolah. Anna percaya ramai yang pergi bercuti dengan keluarga tak kira dalam mahupun luar negara. Semoga perjalanan awak semua dilindungi oleh Allah. Ha ! Anna tak sabar nak tunggu hari sabtu ni. Kami akan bertolak ke Port Dickson ada family's day. Mama cakap lepas solat subuh kami akan bertolak, kalau tak jalan tak 'jam' dalam pukul 9.30pagi sampai lah. Baju mandi, tikar dan semua kelengkapan untuk dibawa telah pun siap. Cuma tinggal nak beli lotion. Dekat sana nanti, untuk aktiviti pagi kami akan adakan games seperti cari gula dalam tepung, bina istana dan banyak lagi. Agak-agaknya kumpulan mana yang menang ? Juri untuk semua games ni abah dengan mak iaitu atuk dan nenek tercinta kami. Semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar, amin :) Untuk aktiviti malam pula macam biasa, barbeque harus ada. Itu perkara wajib yang harus kami buat dan lepastu kongsi cerita dengan saudara-mara. Itu yang paling best sekali dan juru acaranya pastilah anna kan. Tak lain tak bukan heheh. Siapa tak kenal anna ni, kalau dah bercakap memang susah nak berhenti. Okay lah rasanya sampai disini sahaja apa yang ingin anna kongsikan. Pesan anna, jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan diri awak semua :)
Sekian.

Monday, 26 November 2012
Saturday, 17 November 2012
Selamat malam semua. Anna harap awak semua dalam keadaan yang sihat. Sejujurnya, anna rindu dekat kawan-kawan sekolah. Dah lama tak keluarkan suara yang begitu kuat, heheh. Hanya Allah sahaja tahu betapa rindunya anna dekat awak semua. Boleh pula semalam mimpi Cikgu Sarah :') I miss her so much.
Hari ni mama buat lawak dekat anna. Ada ke patut dia buka topik pasal cinta. Haih, apalah mama ni, i'm still young lah. Nak tahu tak apa perbualan kami.
Mama : Angah selalu cakap yang marah tu tandanya sayang kan ?
Anna : Entah lah, rasanya ye. Sebab orang selalu cakap marah itu tandanya sayang.
Mama : Dekat sekolah mesti ramai yang dah kena marah kan dengan angah ?
Anna : Apalah mama ni, mestilah ramai. Heheh
At the same time mama selitkan pasal seorang budak dekat sekolah yang anna memang ANTI sangat. Dia tu selalu buat hal dekat sekolah -.- Sambung balik.
Mama : Angah selalu marah dekat budak tu, mesti ada rasa sayang kan ?
Anna : Eh mama ni. Merepek je lah. Mana ada, buat apa nak sayang kan dia ?
Mama : Yelah marah tu kan tandanya sayang. Berhati-hati kalau nak marah, nanti sayang pula.
Kesimpulannya mama sudah pandai mengusik anna sekarang. Ada ke patut mama cakap macam tu. Hahaha love you mama <3 Anyway jejaka yang anna maksudkan dalam ni biarlah rahsianya. Sekian.

Sunday, 11 November 2012
Alhamdulillah, akhirnya doa anna termakbul juga :') Dapat jumpa kawan lama setelah hampir dua tahun tak jumpa. Rasa nak menangis je masa nampak diorang. Kitaorang berpeluk sampai semua orang tengok, heheh. Terima kasih sebab tegur anna, kalau tak anna memang tak perasan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya anna dekat korang semua. Dapat jumpa sekali-sekala je kan. Tak dapat nak bersembang panjang tadi. InsyaAllah ada rezeki, panjang umur pasti kita akan berjumpa lagi.
Saturday, 10 November 2012
Hai awak semua. Esok awak semua ke mana ? Takda apa-apa perancangan ke ? Eh banyak tanya pula anna ni. Mama cakap esok kena bangun awal sebab nak pergi majlis Graduasi darjah 6, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur. Semoga apa yang dirancang untuk majlis tu berjalan dengan lancarnya. Semua persiapan untuk esok dah kemas.Anna, Hana dan Ami pakai baju warna biru esok :) Kitaorang dah rancang dan anna ni jenis yang suka bertema dan pakai baju sama warna kalau keluar dengan family. Dan itu style anna dan tiada siapa boleh menghalangnya. Heheh. Okay lah, doakan perjalanan kami ke tempat tu selamat ye. Dekat mana ? Entahlah, anna tak ingat.
Barbie™: A Fashion Fairytale [Full Movie]
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua :) Hari ni bermula sudah cuti sekolah bagi tahun 2012. Masa berlalu dengan cepat. Sebenarnya anna tak tahu nak tulis apa ni, sebab hari ni macam kekeringan idea pula. Hehehe, biasa tu bukan main lagi. Okay lah untuk menghilangkan kebosanan, anna tengok cerita barbie ni.
'My favourite cartoon movie is Barbie' Hmm semua cerita Barbie anna suka ! <3 Tapi yang paling anna suka 'Barbie : A Fashion Fairytale'. Ia mengisahkan seorang pereka fesyen yang mengharungi pelbagai cabaran dalam mencapai cita-citanya di Paris. Eh ? Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa tengok :) Sekian.
Thursday, 8 November 2012
Assalamualaikum. Sesi persekolahan bagi tahun 2012 kini sampai ke kemucaknya. Dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurangnya itu dari anna sendiri. Terlebih dahulu anna ingin mengucapkan ribuan terima kasih dekat guru kelas anna iaitu Pn.Chiam Siew Guat kerana telah memberi tunjuk ajar dalam matapelajaran geografi dekat kami semua dengan sempurna - 2Cekal. Tak lupa juga rakan sekelas anna yang anna sayangi. Terima kasih juga anna ucapkan sebab korang selalu buat anna tersenyum :) Segala apa yang dicoretkan akan menjadi kenangan.
Buat rakan-rakan yang lain tak kira junior, sebaya dan senior, anna ucapkan terima kasih sebab sudi menambah 'List Of Friendship' anna dah memeriahkannya lagi. Anna bersyukur sangat dapat kenal dengan korang semua. Korang semua memang THE BEST & AWESOMEEE ! Lah. Dikesempatan ini juga, anna nak minta maaf dekat semua kawan-kawan kalau ada yang terkecil hati atau marah dan apa sahaja dekat anna sewaktu anna menjalankan tugas. Jikalau anna ada tegur korang dengan cara kasar, tertinggi suara dan sebagainya. Anna takkan pernah marah/tegur tanpa sebab. Marah itu tandanya sayang. Betul tak ? Jadi anna marah/tegur korang semua sebab anna sayang semua kawan-kawan anna.
Semua yang berlaku dari awal tahun sehinggalah ke akhir tahun bagi sesi persekolahan tahun 2012, akan hanya tinggal kenangan untuk kita semua. Yang baik dijadikan pedoman, yang tidak baik jadikan tauladan untuk kita. Dapat kenal dengan korang semua adalah sesuatu yang sangat mengembirakan anna. Hahah sebenarnya anna tak tahu nak tulis apa lagi ni. Sedih sebenarnya nak berpisah dengan korang semua selama satu bulan setengah.
Akhir sekali, kita tutup semua buku lama dan buka buku baru pada tahun depan :) Harapan anna, semoga tahun depan kita semua dapat mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim diantara satu sama lain. Dan pesan anna, jagalah keselamatan dan kesihatan diri korang semua sewaktu cuti sekolah ini dengan sebaiknya dan jangan tinggal solat. Selamat bercuti ! :D
Salam sayang,
Nur Anna.

Saturday, 3 November 2012
Assalamualaikum, hye everyone. About three hours ago I had tried pakai tudung bawal. Yaa seriously hampir satu jam nak pakai tudung bawal. Akhirnya siap juga. Hehehe pertama kalinya cuba pakai tudung bawal sebab anna hanya pakai tudung sarung dan shawl sahaja. InsyaAllah satu hari nanti bila hang out dengan kawan-kawan anna akan pakai tudung bawal.
Alhamdulillah peperiksaan akhir tahun sudah selesai. Tapi pelajar tingkatan 5 belum merdeka lagi. Mereka semua akan menduduki peperiksaan yang paling besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada Isnin, 5.November.2012. Anna doakan untuk semua bakal SPM agar dapat buat yang terbaik :) Banyakkan berdoa dan ingat lepas jawab periksa jangan bincang jawapan dengan kawan-kawan. Nanti takut kalau kita ada salah dan menyebabkan kita down nanti.
DO THE BEST ! GOOD LUCK
Majlis Akhir Tahun Pengawas
Me and both of them <3
With my lovely sister, Kak Fatihah and Kak Nad
And this ? That boy is Abang Aris, he's my senior. His so kind :)
Me with Izham and Wan Nurul. Don't say anything to this picture.
Cause I know yang kami berdua comel dan Am smart kan ? Hahah(perasan bukan?)
Kak Fatehah :) She's really friendly and I love her so much as my senior <3
And lastly, with Kak Fatehah, Wan Nurul and Abang Aris. Thank you so much <3
Alhamdulillah Majlis Akhir Tahun Pengawas selamat dijayakan pada hari Rabu yang lepas. Majlis kami tahun ni ditaja sepenuhnya oleh Pihak Felcra Berhad. Terima kasih kami ucapkan, tahun depan taja lagi. Heheh tak malu kan xD
Ni pula gambar semasa team nasyid sekolah buat persembahan. Dari kiri : Along, Nafis, Akmal, Afiq dan Zaini. Mereka ni menjadi idaman semua wanita yang berada di sekolah tu. Haih maklumlah, abang-abang handsome kan. Jadi anna kena bersyukur kerana dikurniakan abang-abang senior yang handsome macam korang ni, hahaha. Anna akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk korang dan team SOUFEE korang. All the best untuk segalanya
Okay, dah lama anna tak update blog sebab focus dekat peperiksaan akhir tahun hari tu dan sekarang saya sudah bebas dari segala peperiksaan. Alhamdulillah gembira sangat, tinggal nak tahu markah sahaja. Hehehe ada beberapa kertas dah dapat markah. Nak tahu ? Eh, mana boleh :p Hahah. Berbalik pada gambar ni, mereka berdua ni comel bukan ? Gambar ni diambil oleh Anis masa Sambutan Hari Anugerah Kokurikulum. Rasanya dah lama tak bergambar dengan kawan-kawan pakai uniform sekolah :) Diorang ni selalu ada disisi anna tak kira apa pun yang berlaku dekat anna :) Only God knows how much I love and miss both of you <3 And tha's all.
Subscribe to:
Posts (Atom)