Saturday, 20 July 2013
Ramadhan Al-Mubarak 1434H
Anna rasa masih belum terlambat untuk Anna ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H buat semua yang beragama di seluruh dunia :) Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum dan semoga kita mendapat keberkatan, amin.
Alhamdulillah Anna bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyambut puasa pada tahun ini :) Kawan-kawan tahu tak yang bulan puasa ini adalah bulan yang paling baik dan banyak keistimewaanya. Apa yang Anna tahu, pada sepuluh hari awal puasa kita akan mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Dipertengahan puasa pula kita akan mendapat keampunan dari-Nya dan malam yang selebihnya kita akan jauh dari neraka dan dekat dengan syurga Allah s.w.t
Sebagaimana yang kita tahu pada bulan ramadhan, semua pintu neraka ditutup, syaitan di ikat dan Allah s.w.t membuka pintu syurga seluasnya :) Jadi di bulan yang mulia ni banyakkan berdoa, minta yang baik dari-Nya. InsyaAllah apa yang dihajatkan akan termakbul. Jangan pernah malu berdoa kepada Allah.
Friday, 19 July 2013
Nur Diny Najla & Nur Diny Aqilah
Assalamualaikum :) Semoga semua yang Anna sayang dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa Anna untuk berjumpa dengan Nur Diny Aqilah, seorang yang comel dan lemah lembut orangnya. Geramnyaaa tengok dia, rasa nak cubit pipi dia tapi takut nanti dia nangis xp Oh yaa, lupa nak bagitahu dekat mana Anna jumpa dia kan. Haaa ! Anna jumpa dia masa sukan sekolah hari tu.
Masa tu berharap sangat dapat jumpa Najla dengan Aqilah, tapi lupa yang Najla sekolah. Sukan sekolah hari tu jatuh pada hari Khamis, jadi Najla tak dapat datang dia kena pergi sekolah lah. Hmm, bukan rezeki Anna nak jumpa dia.
Coklat coklat coklat dan coklat ! Yup coklat :) Hari tu ada belikan diorang berdua coklat. Lepastu Diny/Aqilah ada tulis surat untuk Anna, aww :* sooo sweet my little princesses ni. Terima kasih buat Diny/Aqilah sebab bagi Kak Anna peluang untuk kenal awak berdua :) Kak Anna gembira sangat, alhamdulillah.
Nur Diny Najla dan Nur Diny Aqilah, jadi anak yang solehah dan stay pretty my dear :)

Subscribe to:
Posts (Atom)