Selamat pagi, semalam dekat sekolah anna ada buat Majlis Penutupan Bulan Patriotisme. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar cuma pada awal tu agak kelam kabut sedikit sebab hujan. Haih maklumlah pelajar ni baru hujan setitik dah risau macam taufan nak melanda. Sabar je lah kan.
Tahniah anna ucapkan kepada semua yang menang dalam setiap acara. Yang tak menang tu janganlah risau ye, insyaAllah tahun depan ada lagi masuklah ye.
Heheh nak kongsi juga dengan korang ni, anna pun menang dalam dua acara. Bola jaring dapat tempat kedua dan pertandingan Menghias Kek dapat tempat pertama. Alhamdulillah, semalam juga buka hamper makanan tu.

Saturday, 29 September 2012
Friday, 28 September 2012
List Of Friendship
Anna doakan yang terbaik untuk korang berdua. Sweet Couple
Alah, comelnya awak ni. Comel mana pun mengusik orang menjadi keutamaan kan ? Haha
Missz Tity an awesome girl :D
Jumpa taman, apa pun dah tak ingatlah kan xD
Ni lagi satu, anna doakan yang terbaik untuk awak berdua :D
Thanks for being my friend <3
Ha ! Kalau nak tahu, ni diantara kawan anna yang paling anna sayang. Hobi mereka semua ni mengusik orang je tahu. Dan selalu buat orang tergelak, lebih-lebih yang pakai kebaya warna merah tudung hitam tu. Berhati-hati kalau terserempak dengan dia. Hahha :D Anna selalu berdoa kepada-NYA bahawa Our Friendship Never To The End, Amin. InsyaAllah sampai kebesar nanti kita masih berhubung dan jangan lupa dah dekat nak naik pelamin tu jemput anna tau ! Tak jemput anna siap lah, anna will sponsor baju nikah, wedding and kek only. Hahah
Lots Of Love -Anna-
Assalamualaikum, selamat petang semua. Pada hari Jumaat minggu lepas anna, siti, asma dan imran serta Pn.Sureena dari SMKTSR pergi ke S.K Taman Setiawangsa untuk Majlis Penutupan Junior Music Camp. Alhamdulillah program tu berjalan dengan lancarnya. Di samping itu, anna dapat jumpa juniors anna yang dah lama anna tak jumpa. Rindu sangat-sangat dekat mereka semua dan ada juga yang tak dapat jumpa sebab mereka ada hal lain.
Takpalah, ada rezeki lagi anna ke sana insyaAllah kita akan jumpa. Apa pun pelajar S.K Taman Setiawangsa memang AWESOME ! Habis :D

Friday, 21 September 2012
Walaupun ketinggian kami tak sama, yang pastinya pendek itu comel okay
Lawakan susunan kami semua ? Haha chill okay asma, jangan risau
Inilah dia sweet couple of the year untuk tahun ni. Imma just kidding. LOL
My Bestie !
Gambar ni yang paling okay diantara gambar-gambar yang lain. Muka anna nampak natural beauty right ? Hhaha kidding okay
Seperti yang dijanjikan, ni bahagian kedua gambar-gambar di rumah terbuka anna :D
Tuesday, 18 September 2012
Rumah Terbuka 2012
ummie and akmal aka zombee
with my princess !
missz tity the gorgeous girl
Yaa I met dhania and iffah
Monday, 17 September 2012
Cerita disebalik Rumah Terbuka 2012
Selamat pagi semua, anna rasa masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-48.
Dikesempatan ini juga anna ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang datang rumah terbuka anna pada hari Sabtu 15.9.2012 yang lalu. Kawan-kawan along pun ramai yang datang dan memeriahkan lagi suasana rumah terbuka itu. Bersyukur kehadrat ilahi juga kerana telah menjayakan apa yang dirancang oleh kami semua. Anna memang seronok sangat. Dapat kenal ramai orang dan berlainan latar cerita.
Orang pertama yang sampai adalah kawan-kawan baik anna iaitu, nurin, diyana dan ummi. Ha ! Terperanjat anna masa tu sebab tengah pakai tudung, telefon pun berbunyi.
Tema rumah terbuka kami pada tahun ni alah-alah jambu, manja & sweet macam tu. Jadi kenalah warna merah jambu kan. Juga ada kelainan pada tahun ni, anna buat sudut 'candies'. Ada macam-macam jenis gula-gula, coklat dan sebagainya lagi.
Punyalah panjang berceritakan, gammbarnya mana ? Hahaha insyaAllah nanti anna masukkan gambar-gambar tu. Nak tahu tak malam tu pokcu anna bakar bunga api 25 das. Seriously anna cakap lawa yang teramatkan.
Rasanya sampai disini sahaja perkongsian cerita untuk pagi ini, sekali lagi anna ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang datang. Yang baik itu semua dari Allah S.W.T dan yang kurang itu semua dari kami sekeluarga. InsyaAllah panjang umur & rezeki tahun depan datang lagi tau ! <3

Friday, 14 September 2012
Haa, jom sambung balik cerita tadi.
Sekali lagi anna bersyukur kehadrat ilahi sebab tahun ni anna dapat jadi pengawas sekolah. Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan dekat anna untuk menjadi pengawas sekolah dan menjalankan tugas dengan sebaiknya, insyaAllah :D Hampir tujuh bulan sudah anna jadi pengawas sekolah di SMKTSR. Kalau nak tahu jadi pengawas ni seronok tau, cuma cabarannya banyak dan risiko tinggi. Terima kasih juga dekat senior pengawas anna yang banyak beri tunjuk ajar dekat anna walaupun serba sedikit.
Saya seorang pengawas yang garang tau ! Jangan main-main dengan saya. Hahaha itu semua hanya dekat sekolah, dekat luar sekolah takdanya garang tu semua. Sejak jadi pengawas ni, lagi ramai pelajar anna dapat kenal. Yang muda dari anna, tua dan rakan sebaya.
Awal tahun dulu, tandas lelaki sebelah kelas kitaorang tu dijadikan markas merokok. Tapi alhamdulillah sekarang tandas tu sudah dikunci/dipaku pintunya. Tapi tak mustahil kalau pintu tandas tu dipecahkan semula, dan anna takkan terkejut mendengarnya.
Okay lah, anna rasa kalau nak cerita topik ni tiga muka surat pun tak cukupkan. InsyaAllah ada rezeki malam nanti anna sambung cerita ni lagi. Sekarang ni anna tengah kemas-kemas rumah, esok rumah terbuka anna. Doakan apa yang dirancang berjalan dengan lancar sekali, amin :D

Alhamdulillah hampir dua tahun kita berkawan. Rasa macam tak percaya je, masa berlalu dengan cepat sekali. Segala kenangan pada tahun lepas takkan pernah anna lupakan walau sedikit pun. Banyak yang anna belajar dari kawan-kawan anna yang anna sayangi. Anna masih ingat lagi, hari pertama masuk sekolah. Terasa diri ni asing sangat dan anna terfikir mampu ke anna bergaul dengan mereka ni ? Sebab anna dari sekolah swasta dulu. Perasaan takut, kekok, pelik haaa apa lagi ?? Senang cerita semualah.
Sekarang ni anna dapat suaikan diri anna dekat sekolah dan dengan kawan-kawan. Oh lupa pula nak bagitahu anna sekolah dekat mana. Ha ! Sekolah tercinta anna terletak di Taman Seri Rampai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai. Alamat penuh ? Oh yang itu anna lupa, hahha :)
Tahun ini anna tingkatan dua dan anna dikelaskan di kelas 2 Cekal. Rasanya banyak hikmah masuk 2 Ceka ni. Macam-macam ragam yang anna jumpa. Tapi yang paling best dapat kenal kawan-kawan baru, itu yang paling anna suka. Haih maklumlah, anna ni peramah dia terlebih sangat. Dalam kelas anna duduk sebelah seseorang yang lain dari yang lain bagi anna, dia Era Nur Syafinaz yang selalu buat anna tersenyum dan gelak. Jiran belakang kitaorang pula, Siti Rabiatul Addawiyah dan Nurul Asmadyana. Kalau nak tahu si kembar ni kalau takda memang sunyi kelas tu.Suka mengusik orang dan mangsa utama mereka anna. Diorang tak putus-putus riuhkan suasana kelas, siti dan asma ni ada keunikan tersendiri.
Panjang sangatlah, kita sambung bahagian kedua pula ye....hahha

Saturday, 1 September 2012
Semalam kita bergambar dengan dua orang budak comel, iaitu Kak Mira & Puteri.
Tapi yang tengah tu lagi comel kan. Hahah perasannya anna ni kan

Ini lah tuan rumahnya. Kak Noe anna yang comel ni. Dia baru lepas keguguran anak kembar. Takpa anna doakan yang terbaik buat Kak Noe dan Abang Icam :D
Hye dear. Just call me Anna <3
Mereka semua yang berada di Swimming Pool
Dari kiri : Kak Mira, Me, Puteri and Along kita yang suka buat muka candid dia tu.
Happy Birthday Malaysia
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun, aunty anna buat kek ni. Sekali dengan kek hari jadi pakngah. Kami sambut dekat Spring Ville Condo Ukay Perdana semalam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebenarnya pergi sana tak hairan sangat nak makan semua tu. Cuma nak pergi swimming dengan budak-budak comel tu lah.
Hahaha dari pukul 5.30petang kami turun, pukul 7.00petang baru naik. Inilah padahnya kalau dah jumpa swimming pool. Memang tak ingat apa-apa lah kan.
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia. I'm Proud To Be Malaysian :D #Merdeka 55
Hari Hari Hari Raya ! :D
Assalamualaikum semua followers anna. Lambat upload gambar raya lah. Anyway ni gambar raya pertama ramai-ramai dengan saudara-mara. Alhamdulillah walaupun tahun ni tak semeriah yang dijangka tapi kami semua menyambutnya dengan penuh kesyukuran.
Malam raya hari itu memang seronok sangat. Semua tidur pukul 12.00 dan keesokkan harinya agak lewat sedikit kami bangun disebabkan tidur lambat. Heheh normal lah tu kan kalau dah jumpa saudara ni.
Okaylah nanti kalau mood rajin ada anna upload lagi banyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)