Hye ! hye ! hye, Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Ha, macam mana sesi persekolahan tahun 2013 ni ? Alhamdulillah hari pertama di sekolah berjalan dengan lancarnya. Seronok sangat masa datang sekolah hari pertama. Penuh dengan pelajar baru dari tingkatan 1. Yang paling anna suka sekali apabila lihat pelajar lelaki dan perempuan cukup 'smart' dan lawa. Dari atas sampai bawah lengkap dengan tali leher, tanda nama, lencana sekolah. Baju masuk dalam, kasut baru, stokin dan semuanya untuk pelajar lelaki. Yang perempuan cukup ayu dengan tudungnya, baju baru dan semua yang harus dipakai semasa berada di sekolah.
Anna harap sangat yang semua ni akan kekal sampai akhir tahun dan bukannya untuk seminggu atau dua minggu sahaja. Ha, kan nampak kemas kalau setiap hari semua pelajar macam ni :) Orang luar yang datang sekolah pasti akan terpegun dan tertarik dengan pelajar sekolah kita. Mesti kita nak macam itu kan ?
Macam biasa Tuan Pengetua kesayangan kami semua memberikan ucapan yang penuh dengan nasihat untuk semua anak muridnya. Betapa sayangnya dia pada anak muridnya. Dia juga ada menasihatkan kami semua untuk berlajar dengan bersungguh-sungguh demi masa hadapan kami semua. Lepas dah selesai semua di dataran sekolah, pelajar dilepaskan masuk ke kelas masing-masing.
Tahun ni anna menduduki peperiksaan PMR, batch yang terakhir. Guru kelas kami pada tahun ini Pn.Mahirah Binti Mohiyaddin. Dia akan mengajar kami matapelajaran kemahiran hidup bersepadu. Nak tahu carta organisasi kelas 3Cekal tahun 2013 ?
Ketua kelas : Muhammad Izzat
Penolong ketu kelas : Suraya
Bendahari : Muhammad Adzry
Ketua kebersihan : Afiq Mamat
Ketua Keceriaan : Imtiyaz
Semoga dengan adanya mereka ni, kelas akan terurus dan dapat membantu Pn.Mahirah menjalankan tugasannya :) Rasanya sampai di sini sahaja. InsyaAllah anna akan sambung lagi cerita ini pada hari lain.


No comments:
Post a Comment