Selamat malam semua. Anna harap awak semua dalam keadaan yang sihat. Sejujurnya, anna rindu dekat kawan-kawan sekolah. Dah lama tak keluarkan suara yang begitu kuat, heheh. Hanya Allah sahaja tahu betapa rindunya anna dekat awak semua. Boleh pula semalam mimpi Cikgu Sarah :') I miss her so much.
Hari ni mama buat lawak dekat anna. Ada ke patut dia buka topik pasal cinta. Haih, apalah mama ni, i'm still young lah. Nak tahu tak apa perbualan kami.
Mama : Angah selalu cakap yang marah tu tandanya sayang kan ?
Anna : Entah lah, rasanya ye. Sebab orang selalu cakap marah itu tandanya sayang.
Mama : Dekat sekolah mesti ramai yang dah kena marah kan dengan angah ?
Anna : Apalah mama ni, mestilah ramai. Heheh
At the same time mama selitkan pasal seorang budak dekat sekolah yang anna memang ANTI sangat. Dia tu selalu buat hal dekat sekolah -.- Sambung balik.
Mama : Angah selalu marah dekat budak tu, mesti ada rasa sayang kan ?
Anna : Eh mama ni. Merepek je lah. Mana ada, buat apa nak sayang kan dia ?
Mama : Yelah marah tu kan tandanya sayang. Berhati-hati kalau nak marah, nanti sayang pula.
Kesimpulannya mama sudah pandai mengusik anna sekarang. Ada ke patut mama cakap macam tu. Hahaha love you mama <3 Anyway jejaka yang anna maksudkan dalam ni biarlah rahsianya. Sekian.


No comments:
Post a Comment