Assalamualaikum. Sesi persekolahan bagi tahun 2012 kini sampai ke kemucaknya. Dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurangnya itu dari anna sendiri. Terlebih dahulu anna ingin mengucapkan ribuan terima kasih dekat guru kelas anna iaitu Pn.Chiam Siew Guat kerana telah memberi tunjuk ajar dalam matapelajaran geografi dekat kami semua dengan sempurna - 2Cekal. Tak lupa juga rakan sekelas anna yang anna sayangi. Terima kasih juga anna ucapkan sebab korang selalu buat anna tersenyum :) Segala apa yang dicoretkan akan menjadi kenangan.
Buat rakan-rakan yang lain tak kira junior, sebaya dan senior, anna ucapkan terima kasih sebab sudi menambah 'List Of Friendship' anna dah memeriahkannya lagi. Anna bersyukur sangat dapat kenal dengan korang semua. Korang semua memang THE BEST & AWESOMEEE ! Lah. Dikesempatan ini juga, anna nak minta maaf dekat semua kawan-kawan kalau ada yang terkecil hati atau marah dan apa sahaja dekat anna sewaktu anna menjalankan tugas. Jikalau anna ada tegur korang dengan cara kasar, tertinggi suara dan sebagainya. Anna takkan pernah marah/tegur tanpa sebab. Marah itu tandanya sayang. Betul tak ? Jadi anna marah/tegur korang semua sebab anna sayang semua kawan-kawan anna.
Semua yang berlaku dari awal tahun sehinggalah ke akhir tahun bagi sesi persekolahan tahun 2012, akan hanya tinggal kenangan untuk kita semua. Yang baik dijadikan pedoman, yang tidak baik jadikan tauladan untuk kita. Dapat kenal dengan korang semua adalah sesuatu yang sangat mengembirakan anna. Hahah sebenarnya anna tak tahu nak tulis apa lagi ni. Sedih sebenarnya nak berpisah dengan korang semua selama satu bulan setengah.
Akhir sekali, kita tutup semua buku lama dan buka buku baru pada tahun depan :) Harapan anna, semoga tahun depan kita semua dapat mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim diantara satu sama lain. Dan pesan anna, jagalah keselamatan dan kesihatan diri korang semua sewaktu cuti sekolah ini dengan sebaiknya dan jangan tinggal solat. Selamat bercuti ! :D
Salam sayang,
Nur Anna.


No comments:
Post a Comment