Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Monday, 26 November 2012

 Assalamualaikum, hai semua. Pejam celik dah masuk dua minggu cuti sekolah. Anna percaya ramai yang pergi bercuti dengan keluarga tak kira dalam mahupun luar negara. Semoga perjalanan awak semua dilindungi oleh Allah. Ha ! Anna tak sabar nak tunggu hari sabtu ni. Kami akan bertolak ke Port Dickson ada family's day. Mama cakap lepas solat subuh kami akan bertolak, kalau tak jalan tak 'jam' dalam pukul 9.30pagi sampai lah. Baju mandi, tikar dan semua kelengkapan untuk dibawa telah pun siap. Cuma tinggal nak beli lotion. Dekat sana nanti, untuk aktiviti pagi kami akan adakan games seperti cari gula dalam tepung, bina istana dan banyak lagi. Agak-agaknya kumpulan mana yang menang ? Juri untuk semua games ni abah dengan mak iaitu atuk dan nenek tercinta kami. Semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar, amin :) Untuk aktiviti malam pula macam biasa, barbeque harus ada. Itu perkara wajib yang harus kami buat dan lepastu kongsi cerita dengan saudara-mara. Itu yang paling best sekali dan juru acaranya pastilah anna kan. Tak lain tak bukan heheh. Siapa tak kenal anna ni, kalau dah bercakap memang susah nak berhenti. Okay lah rasanya sampai disini sahaja apa yang ingin anna kongsikan. Pesan anna, jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan diri awak semua :)

Sekian.

No comments:

Post a Comment