![]() |
| Le boys :) |
Kami bertolah dari sekolah dengan menaiki bas pada jam 3.00 petang dan tiba di Mayang Sari Beach Resort pada jam 6.00petang :) Dalam perjalanan ke sana, suasana dalam bas sangat meriah ! Takda yang tidur, semuanya tak berhenti bercakap termasuklah Anna sekali, hehehe. Lepastu masa dekat simpang nak masuk tu, ada buat 'roadblock' haaa semua kelam kabut duduk. Takutlah katakan, hahahah ! Itu serba sedikit cerita kami di dalam bas. Setibanya di sana, kami disambut oleh pengusaha Mayang Sari Beach Resort.
Ustazah telah bahagikan kami kepada beberapa kumpulan dan Anna sebilik dengan junior :) Awww ;* seronoknya. Huda, Farina, Fateen, Alia dan Qistina. Bersama anak-anak mama xp
Malam pertama tu sesi pengenalan diri. Kumpulan kitaorang dapat Abang Azli, seorang yang sporting dan friendly :) Afiq tak guna, dia pergi cakap panjang lebar biodata diri siap bagi i/c number lepastu dia pilih Anna untuk bagitahu apa yang dia dah cakap tu. Haih Afiq, nasib baik kawan sekelas. hahah.
Hari pertama berlalu pergi dengan baiknya. Kami ke Teluk Kemang pada hari kedua, ustazah bagi masa dua jam untuk 'bershopping' di sana. Tapi malangnya Anna tertinggal beg duit --' hmm nampaknya tengok sahaja lah orang membeli. Petang tu pula kami menunaikan solat di tepi pantai :) Sesungguhnya bumi Allah ni luas untuk kita menunaikan solat. Tak dapat digambarkan perasaan masa tu, tenang sangat masa tu. Malam tu pula ada barbeque..yummmie sedapnya. Makanan semua sedap, tapi perut tak cukup besar untuk masukan makanan tu xp hehehe.
Hari ketiga telah tiba, hmm sekejapnya. Haa, ni gambar di depan resort yang kami menginap. Bersama anak-anak saya dan ustazah dan anaknya maisarah :) Nak pergi melawat Muzium Angkatan Tentera Darat !
Sementara menunggu bas, apa lagi kalau dah ada iPad dekat tangan...bergambar lah kan. Thank you to my juniors, korang semua sporting and crazay ;p ada masa lagi kita semua pergi bercuti macam ni lagi. Oh yaa, yang pergi ni 9orang pelajar lelaki dan 20orang pelajar perempuan :) Dah macam big happy family.
Apa pun memang seronok, insyaAllah akan ada peluang macam ni lagi. Amin :)
Terima kasih Ustazah Hayati.





No comments:
Post a Comment