Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Saturday, 19 October 2013

Alhamdulillah, pmr done.

  Assalamualaikum, hye dear friends J guys how are you ? im fine here. Alhamdulillah peperiksaan pmr dah selesai, lega rasanya. So far soalan yang keluar tak susah dan tak senang sangat. Heheh. Buku teks semua dah selamat hantar, yeah yeah bilik dah kemas xp Memang gembira dah selesai tapi rasa takut untuk tunggu keputusan keluar pula…kalau tak silap bulan Disember nanti.

  Nak berapa A ?
Haaa, kalau Tanya semua calon mestilah jawapannya 8A kan !
Siapa yang tak nak. Anna dan kawan-kawan dah usaha dan sekarang bertawakal kepada Allah. Di samping itu, doa ibu bapa yang menyumbang kepada kejayaan kami semua J InsyaAllah kami semua akan peroleh keputusan yang cemerlang serta dapat membanggakan ibu bapa, guru-guru dan semua orang :*

Hala tuju tahun depan ? Dah rancang ?
 Hahaha. Antara soalan yang Anna tak suka sebenarnya. Kenapa ? Entah lah, memang tak suka. Nak kata tak bersedia untuk tahun depan, bukanlah sampai macam tu sekali. Mungkin berat untuk berpisah dengan kawan-kawan yang di sayangi. Hmm, sedihnya nak berpisah dengan korang semua.

Mama dah tanya, samada Anna dah daftar sbp atau mana-mana sekolah belum :/ hmm. Ada betulnya cakap orang yang kalau kita inginkan kejayaan, kita kena keluar dari kelompok kita dan cari suasana yang baru. Tapi hakikatnya mudah cakap dari melakukannya. Tidak begitu ? Berkawan selama tiga tahun, pelbagai cerita suka dan duka telah dicoret dan semua itu akan menjadi kenangan yang kekal abadi. Kena marah, marah orang, di benci, terbenci orang, di sayang, tersayang orang xp oppps semua diharungi bersama.

 Dah macam keluarga dah kami
J Haa, kalau nak cerita perihal kami memang panjang lebar, satu hari pun tak habis. Heheh. Rasanya sampai di sini sahaja, lain hari Anna sambung ye.

No comments:

Post a Comment