Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Thursday, 20 June 2013

Mid-Year Exam Done :)

 Assalamualaikum dan selamat petang semua :) Anna harap semua dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah Peperiksaan Pertengahan Tahun dah selesai, semuanya berjalan dengan lancar. Anna peroleh keputusan yang cemerlang :) Sekarang ni menghitung hari untuk Peperiksaan Percubaan PMR. Segala perasaan ada sekarang ni. Anna harap yang Anna dapat buat yang lebih baik dari yang sekarang.

  Hmm bila cakap pasal 'exam' ni ramai yang tak berapa minat untuk mendengar, betul tak ? xD
Cikgu pernah bagitahu dekat Anna yang 'exam' ni adalah untuk menguji di mana tahap kefahaman seseorang pelajar itu. Jadi kalau kita dapat jawab, maknanya kita faham dan memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas. Begitu juga sebaliknya.

  Apa yang Anna harapkan, kawan-kawan yang masih leka cepatlah sedar sebelum segalanya terlambat. Ingat, masa depan kita bukan orang lain yang tentukan tapi diri sendiri.

No comments:

Post a Comment