![]() |
| With my senior, Zaini and Afiq :) "Ni bukan mengacau junior, tapi tanda sayang seorang senior kepada juniornya" |
Seperti yang Anna bagitahu, majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Ketua Pengawas iaitu Kavin a/l Kumar. Seterusnya Penolong Kanan Tadbir Puan Khalidah Yahya dan majlis kami dirasmikan oleh YDP PIBG Encik Dimyati B.Jaafar :) Terima kasih.
Majlis kami diteruskan lagi dengan persembahan pertama dari cikgu-cikgu kami yang bertajuk sketsa buka pintu yang mana lagunya pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee :) Seronok tau !
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan kedua dari guru praktikal yang menyampaikan sketsa mengenai pelajar dan guru. Sketsa yang ni paling sedih sebab ia menceritakan pelajar yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.
Haa, jangan sangka Ustaz kami tidak pandai menyanyi. Ustaz dan guru-guru pendidikan islam memberi sepatah dua kata serta menyampaikan sebuah lagu. Boleh tahan juganya suara Ustaz walaupun tanpa minus one. Heheh
Oh yaa ! Lembaga pengawas turut mengadakan beberapa anugerah khas sempena sambutan hari guru pada hari tersebut. Terdapat empat anugerah khas yang dipertandingkan dan pemenangnya adalah hasil undian pelajar :) Tahniah diucapkan buat para pemenang.
Whoaa, panjangnya lah pengacara ni berceloteh kan. Hahah masih perasan jadi pengacara :p
Baiklah persembahan yang akan menghiburkan awak semua adalah dari guru-guru yang berbangsa cina. Begitu merdu suara mereka :* Dalam diam-diam berbakat ye cikgu kami ni.
Dimeriahkam lagi dengan persembahan dari Panitia Sains, Guru Disiplin :)
Seronok, gembira dan segala perasaan yang tak dapat nak diungkapkan melanda kami pada hari tersebut. Haih maklumlah, tak berhenti gelak kami yang berada di dalam dewan. Memang kelakar :*
Tibalah ke acara kemuncak yang kita semua nantikan :) Pihak sekolah juga mengadakan pertandingan bagi pakaian terbaik cikgu lelaki dan perempuan berdasarkan tema sambutan hari guru sekolah kami iaitu 'bollywood dan retro'. Para guru yang berpakaian mengikut tema dijemput naik ke pentas untuk memperagakan baju mereka. Bagi tema bollywood, dimenangi oleh Puan Sakinah Khamis dan Encik Azam. Tahniah diucapkan. Puan Roseiaidawati dan Encik Ashadi pemenang bagi tema retro :)
Sesungguh tiada apa yang lebih bahagia buat cikgu kita dengan melihat kejayaan anak-anak muridnya. Ingat marah seorang guru itu tandanya sayang :) Bak kata orang tua, MARAH ITU SAYANG ! Tidak begitu ? Heheh.
Apabila selesai tugas kami berdua, Anna mengambil kesempatan untuk bergambar bersama rakan-rakan tercinta :*
Yang ini bersama Hajar, Zafirah dan Irna :) Comelkan diorang, tapi awas kalau anda menyakitinya padah akan terima. Anna akan cari sampai ke lubang cacing. Love you so much my dear :*
Akhirnya dapat juga kami bergambar dengan mommy kami, Puan Mahirah :)
Puan Sureena begitu cantik dalam mengenakan sari dan teacher bertemakan bollywood. Plan pakai warna biru dengan teacher, heheh don't be jealous yaa. Hahaha
Dan akhir sekali, bersama dia yang tak pernah berhenti buat Anna ketawa. Segalanya kami harungi bersama :* Anna love you forever and ever.
Sebelum akhiri cherita ini, ribuan terima kasih Anna ucapkan buat semua pelajar kerana dapat memberi kerjasama dengan Anna dan Kak Ilmi dan dapat menerima kami sebagai pengacara dengan hati yang terbukan. Segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang kurang itu dari kami berdua. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi. Assalamualaikum :*
-Anna :*
Sebelum akhiri cherita ini, ribuan terima kasih Anna ucapkan buat semua pelajar kerana dapat memberi kerjasama dengan Anna dan Kak Ilmi dan dapat menerima kami sebagai pengacara dengan hati yang terbukan. Segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang kurang itu dari kami berdua. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi. Assalamualaikum :*
-Anna :*







No comments:
Post a Comment