Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Monday, 24 June 2013

Larian Kitar Semula

Assalamualaikum, selamat tengahari semua :) Diharapkan semua dalam keadaan yang baik. Seperti mana yang kita tahu, pada cuti Sabtu atau Ahad tidak ramai yang akan melakukan aktiviti pemanasan badan, betul tak ? Ada yang lebih gemar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.

  Pada Sabtu, 16.Jun yang lalu Era, Siti, Anna dan Asma telah menyertai Larian Kitar Semula bersama dengan rakan-rakan yang lain juga Puan Sakinah dan Cik Jeeva :) Larian ini disertai oleh 40ribu orang peserta, banyak bukan ? Alhamdulillah larian ini dapat sambutan.

  Kitar semula adalah suatu perkara yang digalakkan. Ianya untuk menjaga alam sekitar kitar :) Tapi bila difikirkan semula, berapa orang sahaja yang sanggup untuk melakukan perkara ini ? Ada yang memberi alasan kitar semula tidak mendatangkan faedah dan ianya suatu kerja yang teruk. Hal ini kerana mereka yang berfikiran seperti adalah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja ! Seharusnya sikap kitar semula barangan terpakai harus dipupuk oleh semua orang.

Tidak lupa juga, buanglah sampah-sampah tersebut dalam tong sampah yang dikhaskan mengikut tempatnya.  Rasanya tidak susah untuk melakukannya. Demi menjaga kehijauan alam sekitar, kita perlu berganding bahu :) Kalau bukan kita yang hendak melakukannya, siapa lagi yang akan buat semua ini.

Hmm, semuanya terserah pada kita samada untuk menjaga alam sekitar ataupun tidak.


No comments:

Post a Comment