Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Sunday, 16 December 2012

Tip Sihat

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga awak semua dalam keadaan yang sihat :) Hari ni anna ada sedikit tip untuk menjaga kesihatan diri. Kita sedia maklum penduduk di negara Malaysia ramai yang obesiti. Ini disebabkan pengambilan makanan yang tidak betul dan tidak mengikut waktunya. Sampai bila perkara ini akan berlaku ?

Tip sihat yang anna akan kongsikan pada hari ini mengenai buah epal. Sebagai mana yang kita tahu buah epal mempunyai pelbagai khasiat. Sebelum kita melakukan senamam atau aktiviti fizikal sebaiknya kita ambil sebiji epal. Kajian menunjukkan epal adalah sumber serat mudah larut yang dapat mengawal kolesterol sekaligus mengurangkan risiko masalah jantung.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab kita. Kita mampu mengubah segalanya :)



No comments:

Post a Comment