Haa, jom sambung balik cerita tadi.
Sekali lagi anna bersyukur kehadrat ilahi sebab tahun ni anna dapat jadi pengawas sekolah. Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan dekat anna untuk menjadi pengawas sekolah dan menjalankan tugas dengan sebaiknya, insyaAllah :D Hampir tujuh bulan sudah anna jadi pengawas sekolah di SMKTSR. Kalau nak tahu jadi pengawas ni seronok tau, cuma cabarannya banyak dan risiko tinggi. Terima kasih juga dekat senior pengawas anna yang banyak beri tunjuk ajar dekat anna walaupun serba sedikit.
Saya seorang pengawas yang garang tau ! Jangan main-main dengan saya. Hahaha itu semua hanya dekat sekolah, dekat luar sekolah takdanya garang tu semua. Sejak jadi pengawas ni, lagi ramai pelajar anna dapat kenal. Yang muda dari anna, tua dan rakan sebaya.
Awal tahun dulu, tandas lelaki sebelah kelas kitaorang tu dijadikan markas merokok. Tapi alhamdulillah sekarang tandas tu sudah dikunci/dipaku pintunya. Tapi tak mustahil kalau pintu tandas tu dipecahkan semula, dan anna takkan terkejut mendengarnya.
Okay lah, anna rasa kalau nak cerita topik ni tiga muka surat pun tak cukupkan. InsyaAllah ada rezeki malam nanti anna sambung cerita ni lagi. Sekarang ni anna tengah kemas-kemas rumah, esok rumah terbuka anna. Doakan apa yang dirancang berjalan dengan lancar sekali, amin :D


No comments:
Post a Comment