Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Friday, 14 September 2012

   Alhamdulillah hampir dua tahun kita berkawan. Rasa macam tak percaya je, masa berlalu dengan cepat sekali. Segala kenangan pada tahun lepas takkan pernah anna lupakan walau sedikit pun. Banyak yang anna belajar dari kawan-kawan anna yang anna sayangi. Anna masih ingat lagi, hari pertama masuk sekolah. Terasa diri ni asing sangat dan anna terfikir mampu ke anna bergaul dengan mereka ni ? Sebab anna dari sekolah swasta dulu. Perasaan takut, kekok, pelik haaa apa lagi ?? Senang cerita semualah.

   Sekarang ni anna dapat suaikan diri anna dekat sekolah dan dengan kawan-kawan. Oh lupa pula nak bagitahu anna sekolah dekat mana. Ha ! Sekolah tercinta anna terletak di Taman Seri Rampai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai. Alamat penuh ? Oh yang itu anna lupa, hahha :)

  Tahun ini anna tingkatan dua dan anna dikelaskan di kelas 2 Cekal. Rasanya banyak hikmah masuk 2 Ceka ni. Macam-macam ragam yang anna jumpa. Tapi yang paling best dapat kenal kawan-kawan baru, itu yang paling anna suka. Haih maklumlah, anna ni peramah dia terlebih sangat. Dalam kelas anna duduk sebelah seseorang yang lain dari yang lain bagi anna, dia Era Nur Syafinaz yang selalu buat anna tersenyum dan gelak. Jiran belakang kitaorang pula, Siti Rabiatul Addawiyah dan Nurul Asmadyana. Kalau nak tahu si kembar ni kalau takda memang sunyi kelas tu.Suka mengusik orang dan mangsa utama mereka anna. Diorang tak putus-putus riuhkan suasana kelas, siti dan asma ni ada keunikan tersendiri.

 Panjang sangatlah, kita sambung bahagian kedua pula ye....hahha

No comments:

Post a Comment