Hye semua. Hari kedua puasa, macam mana ? Anna seronok sangat. Dah dua hari puasa, alhamdulillah takda nampak orang merokok pun. Suka sangat-sangat <3
Tapi esok dekat sekolah nampak je muka diaorang tu, terus spoil habis mood anna. Walaupun dorang tak merokok time puasa, tapi dah namanya perokok anna takkan pernah percaya dekat diaorang semua ! NEVER !! Dekat luar siapa tahu kan.
Kita minta maaf kalau terkasar bahasa, tapi itu anna. Sesiapa nak berkawan dengan anna syarat utama dia mestilah tak merokok, kalau tak bermimpi sahaja lah. Anna pun tak harap lah budak-budak merokok ni nak berkawan dengan anna.
Apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa esok bersama kawan-kawan dekat sekolah. Mesti seronok kan ! <3

Sunday, 22 July 2012
Friday, 20 July 2012
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Buat semua yang anna kenal dan yang anna sayang. Dikesempatan ini, anna ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sampaikan juga ucapan itu buat keluarga korang. Sama-samalah kita berdoa agar puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas <3
Buat saudara-saudara di luar, jangan tinggal puasa okay. Tak handsome lah tinggal puasa ni, hahaha kidding. Tak lupa juga, datanglah beramai-ramai ke masjid tunaikan solat tarawih. Bawa kawan-kawan sekali datang.
"Tiada siapa yang dapat kawal diri kita selain kita sendiri". Jadi kawal lah diri anda semasa bulan ramadhan ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ! <3

Annual Sports Day - SMKTSR
Assalamualaikum semua, dah lama tak update blog. Tak sempat lah, sibuk sangat. Alhamdulillah minggu lepas 14.Julai.2012 Sek.Men.Keb Taman Seri Rampai selamat mengadakan hari sukan sekolah dan hari kejohanan dan balapan padang.
Tahun ni punya sukan memang awesome habis ! Seronok sangat-sangat :D Tahun ni rezeki rumah zamrud/hijau menang untuk perbarisan and keseluruhan.
Tahniah juga buat rumah sukan yang lain, kita semua dah cuba dan lakukan yang terbaik. Dalam apa-apa sahaja pasti ada yang menang dan kalah. InsyaAllah jumpa lagi dekat sukan sekolah tahun depan...
Saturday, 30 June 2012
Kenduri at Beverly High
Hye everyone :D Lambat upload gambar-gambar ni. Ni semua gambar masa pergi kenduri rumah Ibu dekat Beverly High. Anak Ibu baru pindah rumah, inilah dia Pengasas Jamu Mak Dara tu. Ibu Halimah. Lawakan orangnya. Rindu sangat nak jumpa ibu.
Friday, 29 June 2012
Mimpi ?
Mimpi ? Apa yang dimaksudkan dengan mimpi ? Adakah ianya mainan tidur atau akan menjadi kebetulan ? Adakah anda pernah dihantui oleh mimpi anda ? Ini yang berlaku pada anna. Saya seseorang yang tidak akan pernah sekali pun percayakan mimpi,kecuali ianya mimpi yang baik-baik sahaja.
Sejak kebelakangan ini, anna selalu mimpi akan perkara yang anna tak pernah sangka. Nak percaya atau tidak percaya, susah bagi anna untuk cakapkannya. Ada yang mengatakan bahawa mimpi hanya mainan tidur, tapi ada juga yang mengatakan kadang-kadang ianya akan menjadi kenyataan juga.
Itu yang anna takutkan sekarang, bayangkan semua mimpi yang menghantui anna sekarang ni menjadi kenyataan. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu.
Kalau korang, percaya tak mimpi-mimpi semua ini ? Perlukah kita mentafsirkan mimpi kita ? InsyaAllah minta yang baik sahaja dari Yang Maha Esa.

Saturday, 23 June 2012
This is My Babysister.
Assalamualaikum, ni adik anna. Nama dia Nur Ridhana, tapi dia suka orang panggil dia hana je. Nampak je kecil orangnya tapi suara, dan lasaknya kalah orang dewasa. Hana seorang yang aktif dalam apa sahaja, lebih-lebih lagi pada sukan.
Hana ni pun pandai berfesyen orangnya, Haih maklumlah tengoklah siapa kakak dia kan. Hahha.
Gambar ni masa dekat Jusco Alpha Angel. Dekat kedai baju ti-zed. Suka sangat dia dekat topi ni, jadi mama belikan lah. Lepas discount tinggal RM7.50 hahah murah je
Thursday, 7 June 2012
Jangan Cepat Menilai Orang...
Selamat Petang buat semua kawan-kawan Anna. Harap semua sihat-sihat ye. Anna tinggal Taman Setiawangsa. Anna dididik dengan Budaya Setiawangsa berbelas tahun. Bersyukur sangat-sangat dapat tinggal dekat Tempat Forever Happening ni ! <3
Okay back to the topic, anna tinggal di Setiawangsa tetapi Bersekolah Di Sek.Men.Keb. Taman Seri Rampai, Setapak. Pada awal anna masuk sekolah tu, ramai yang jadi mangsa penilaian anna ni. Hahaaaha jahat/nakal kan anna ni ? Awal-awal dulu anna rasa bukan standard anna untuk sekolah di sekolah anna sekarang ni, sebab environment dia lowclass bagi anna. Tak happening macam tempat tinggal anna.
Pada masa tu juga anna rasa yang budak sekolah anna ni/budak seri rampai ni tak sehebat budak setiawangsa. Lebih jelas tak Highclass macam kita orang semua ni. Tapi lama kelamaan bila anna dah ramai kawan dekat sana, mereka semua banyak buku mata anna. Dan banyak mengajar anna dalam menilai diri seseorang itu.
Kawan-kawan anna tak pernah putus asa untuk ajar anna benda yang betul dan perkara yang baru untuk seorang insan ini yang cepat menilai diri seseorang itu. Paling penting mereka semua dah Banyak bersabar dengan anna. Huh ! memang anna tabik gila dekat mereka semua ni. Macam-macam yang anna dapat diri sini. Kadang-kadang tu rasa tak nak balik pun ada.
Ternyata menilai orang dari luaran adalah suatu perkara yang salah kerana banyak benda yang tersembunyi disebalik luaran seseorang itu. Jadi moral dari cerita anna ni jadikan pengajaran ye kawan-kawan.
-Anna ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)