Selamat Petang buat semua kawan-kawan Anna. Harap semua sihat-sihat ye. Anna tinggal Taman Setiawangsa. Anna dididik dengan Budaya Setiawangsa berbelas tahun. Bersyukur sangat-sangat dapat tinggal dekat Tempat Forever Happening ni ! <3
Okay back to the topic, anna tinggal di Setiawangsa tetapi Bersekolah Di Sek.Men.Keb. Taman Seri Rampai, Setapak. Pada awal anna masuk sekolah tu, ramai yang jadi mangsa penilaian anna ni. Hahaaaha jahat/nakal kan anna ni ? Awal-awal dulu anna rasa bukan standard anna untuk sekolah di sekolah anna sekarang ni, sebab environment dia lowclass bagi anna. Tak happening macam tempat tinggal anna.
Pada masa tu juga anna rasa yang budak sekolah anna ni/budak seri rampai ni tak sehebat budak setiawangsa. Lebih jelas tak Highclass macam kita orang semua ni. Tapi lama kelamaan bila anna dah ramai kawan dekat sana, mereka semua banyak buku mata anna. Dan banyak mengajar anna dalam menilai diri seseorang itu.
Kawan-kawan anna tak pernah putus asa untuk ajar anna benda yang betul dan perkara yang baru untuk seorang insan ini yang cepat menilai diri seseorang itu. Paling penting mereka semua dah Banyak bersabar dengan anna. Huh ! memang anna tabik gila dekat mereka semua ni. Macam-macam yang anna dapat diri sini. Kadang-kadang tu rasa tak nak balik pun ada.
Ternyata menilai orang dari luaran adalah suatu perkara yang salah kerana banyak benda yang tersembunyi disebalik luaran seseorang itu. Jadi moral dari cerita anna ni jadikan pengajaran ye kawan-kawan.
-Anna ;)


No comments:
Post a Comment