Alhamdulillah dah selamat jawab sebelas kertas soalan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, tinggal lagi empat kertas :) InsyaAllah semuanya senang. Apa yang Anna dan rakan-rakan harapkan ialah memperoleh keputusan yang cemerlang, doakan kami ye :)
Setakat ni takda masalah lagi untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan tu, cuma tadi periksa matematik agak menguji kesabaran kami semua. Hanya mampu berdoa agar keputusan matematik dapat markah cemerlang :* Hehehe
Berangan nak dapat 5A untuk peperiksaan kali ni, tapi tak tahu lah berapa yang akan dapat nanti. Anna harap takda yang gagal. Takut lah kalau dalam buku rekod ada yang 'warna merah'. Tahun ni tahun terakhir yang ambil PMR, harap sangat dapat buat yang terbaik.
Berbalik kepada tajuk kita semula, pada hari Isnin nanti kami akan menduduki peperiksaan Sejarah dan Agama :) Alhamdulillah dah ulangkaji. Semoga apa yang baca akan keluar nanti dan ini yang selalu kami harapkan. Hehehe
Yaa yaa yaa yaa ! Buat rakan-rakan seperjuangan buat yang habis baik dan semoga berjaya :D


No comments:
Post a Comment