Assalamualaiku, selamat petang :)
Pada hari Khamis cuti sekolah yang lalu, Anna dan keluarga pergi bercuti di Bamboo Camp/Chalet, Hulu Langat dengan saudara-mara juga beberapa orang kawan mama. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Kalau tak salah Anna, kali terakhir Anna pergi mandi air terjun berapa tahun yang lalu. Walaupun sibuk menghantar along dan rakan-rakannya ke tempat air terjun, tapi tidak sempat untuk cepurkan diri dalam air. Heheh.
Sememangnya tempat yang Anna pergi ni 'best'. Pemandangannya lawa dan airnya bersih. Tapi sedikit deras.Apa pun itu tidak menjadi penghalang untuk kami :) Kami bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan tiba di sana pada 10.45 pagi.
Setibanya di sana, haaaaaaa apa lagi terjun lah... eh eh kena tolong mama bawa beg ke bilik yang di sewa. Lepas tu baru lah terjun :) 'The best part'. Oh yaa, lupa nak kenalkan adik-adik comel yang Anna teman diorang mandi. Qaisarah, Anis, Damia, Aliya dan Inaz :) Melayan Karenah diorang suatu perkara yang sangat gembira.
Kami rehat sekejap untuk solat zohor dan makan tengahari. Aunty bawa lauk ikan bilis masak sambal. Yummmmy, sedaaaaapnya ! :) Setelah selesai semuanya, kami sambung semula.
Rehat kali kedua untuk makan petang, aunty masakkan kami semua nugget, kentang goreng dan sosej. Air sarsi dan oren. Alhamdulillah kenyang :) Thank you Aunty.
Tepat pukul 6 petang kami naik dan terus salin baju. Setelah selesai kemas segala peralatan, kami bertolak pulang ke rumah :) Sebelum tu, semua tak lepaskan peluang untuk bergambar. Heheh.
Okay lah, rasanya sampai di sini sahaja 'cherita' yang ingin Anna kongsikan. InsyaAllah ada masa Anna akan celoteh lagi :) Assalamualaikum...
-Anna



No comments:
Post a Comment