Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Sunday, 9 December 2012

Family's Day 2012

Hye dear friends. Oh yaa ! Sabtu lepas anna dengan semua ahli keluarga pergi bercuti. Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Seronok sangat dekat sana dengan adik saudara yang satu kepala pula, hahah. Sampai dekat sana dalam pukul 11.30petang, belum sempat check-in bilik semua dah turun ke pantai untuk mandi. Ha ! nak tahu pukul berapa diorang naik. Dalam pukul 1.30petang tu naik itu pun untuk makan tengahari dan hujan sekejap. Kalau tak hujan, sampai ke petang baru naik semua tu.

Makan malam kami makan nasi putih dengan tomyam campur sama sup daging, air sirap. Alhamdulillah kenyang :) Malam tu kan ada perlawanan bola Malaysia VS Indonesia, jadi kami semua lepak dekat bilik pokcu. Punyalah bising dalam bilik pokcu tu dengan suara kami sahaja. Ingat lagi masa gol pertama Malaysia, kami punya bersorak macam betul dekat padang. Habis bergegar rumah tu, hahah. Sampai makngah kena kawal kitaorang punya suara. Heheh nakal kan kitaorang ni.

Lepas tamat perlawanan bola tu, pokcu bakar bunga api 25das punya. Tanda kami gembira Malaysia tewaskan Indonesia dan dapat ke separuh akhir, alhamdulillah :)

Keesokkan harinya kami balik ke Kuala Lumpur dalam pukul 1.30petang, lepas zohor. Pagi tu kami sarapan nasi lemak dengan bihun goreng, air milo. Yummie ! Heheh sampai disini sahaja perkongsian anna, insyaAllah ada masa anna update lagi :)

Sekian.

No comments:

Post a Comment