Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Monday, 15 October 2012

   Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dalam dunia benda yang paling anna gembira sangat ialah detik pertemuan dengan kawan-kawan dah sahabat baru, dan benda yang paling anna takutkan sekali adalah detik perpisahan. Sukar untuk anna terima semua itu dalam sekelip mata. Mungkin awak semua kenal anna dengan seorang yang sangat garang di sekolah dan hanya disitu sebagai NOKTAH. Tapi tidak sepenuhnya awak kenal anna betul tak ?

   Kalau boleh dalam dunia ni anna tak nak kenal dengan kawan-kawan anna. Sebab anna takut untuk berpisah dengan mereka semua dan terpaksa menerima hakikat itu. Kadang-kadang tu anna rasa lebih baik anna tak kenal seseorang itu, tak kira lah dia junior, rakan sebaya mahupun senior anna. Sejahat mana atau senakal mana pun orang yang anna kenal tu berat untuk anna berpisah dengan mereka semua sebenarnya.

 Alhamdulillah sekarang ni anna dikurniaakan ramai kawan di sekolah dan anna bahagia dengan mereka semua. Dan anna lebih ramai kenalan senior kalau nak dibandingkan junior mahupun rakan sebaya. Dalam persahabatan adatlah kalau ada sedikit pergaduhan mahupun salah faham. Sebenarnya itu semua untuk mengeratkan lagi hubungan kita semua. Allah nak uji sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita dalam menerima ujian dari-Nya.

Untuk berpisah dengan orang yang kita sayang bukan sesuatu perkara yang mudah. Mulut kita boleh berkata ianya suatu perkara yang mudah dan biasa, tapi pada hakikatnya hati kita tidak mampu menerima semua itu betul tak ? Sejujurnya, anna takut kehilangan dan berpisah dengan awak semua. Ada banyak lagi yang ingin anna kongsikan untuk cerita kali ni, tapi anna tak mampu nak menahan tangisan anna lagi dalam menjayakan cerita ni. Hanya mampu untuk setakat ini sahaja.

 Ada masa lagi anna akan sambung lagi, insyaAllah okay :) Salam sayang,

Anna.

No comments:

Post a Comment