Assalamualaikum, pembuka bicara. Kalau tak jawab nanti berdosa. Membahan orang dengan pelbagai cara, itu lah dia Nur Anna yang gagah perkasa ♥
Hari ni anna nak ceritakan sedikit pasal kawan-kawan anna di sekolah. Dalam cerita kali ni, ianya melibatkan rakan sebaya anna dan juga beberapa orang senior yang anna kenal. Alhamdulillah semakin hari, kami semua semakin rapat. Nak mulakan cerita ni dengan siapa ye ? Yang lelaki atau yang perempuan ? Rakan sebaya atau senior kesayangan ? Haih, pening kepala dibuatnya. Tapi anna rasa ini lah cerita yang paling BEST yang pernah anna kongsikan untuk semua :) Baiklah, anna tahu nak mulakan dengan siapa ni.
Orangnya kecil, tapi suara tu tak padan dengan badannya. Diberi jawatan sebagai pengawas pustakawan. Siti Rabiatul Addawiyah nama diberi, kawan sekepala dengannya Era dan Asma yang cukup comel :) Anna masih ingat lagi dulu budak ni cukup tak suka dengan Boyfriend dia yang bernama Faiz dari kelas 4Perdagangan. Kalau terserempak dulu ada saja dia panggil Faiz tu 'bracess' dan macam-macam lagi lah. Sekarang ni jadi 'sweet couple' lah dia berdua. Rutin harian dia dalam kelas suka sangat mengusik orang dah tak pernah sunyi buat orang tergelak. Tak lupa juga Siti ni ada minat seorang abang dari kelas 4 Seni Visual. Teringin sangat dia nak jumpa dengan orang tu. Haih lah Siti ni kan :D HAHAHA ! Hassss'yim. Eh, bersin sekejap ye awak.
Lavender atau Lavenza ? Lavenza lagi comel bagi anna. Oppsss ! Sorry terlepas pula kita ni, hahah. Sekarang ni dia menghitung hari untuk Rabu minggu depan. Katanya genap 3 bulan sudah dia dengan 'Cik Abang' dia tu. Oh yaa, lupa pula nak kenalkan tuannya. Lahir pada bulan April, Nurul Asmadyana itu lah orangnya. Dalam diam-diam ada orang tu minat dekat Asma ni. Tapi orang tu malu nak berkenalan dengan Asma. Oleh itu, orang yang suka dekat Asma gunakan cara lain untuk mendekatinya. Dengan cara mengacau atau memanggilnya dengan gelaran pendek, cuit atas kepala. Lepastu mula lah 'slot' berkejaran diantara Asma dengan Amirun Afiq tu. Alahai sweetnya anna tengok main kejar-kejar ni. Eh, sekejap. Amirun Afiq ? Ha ! Dialah orang yang anna maksudkan itu. Bukan senang ada senior nak berkejaran dengan kita satu sekolah ni. Hahahaha betul tak Asma ?
Yang sorang ni pula suka dekat budak P.A system sekolah anna, merangkap pengawas pustakawan juga. Kalau nak diikutkan yang beratur untuk mendapatkannya tersangatlah ramai. Tapi tak tahulah kenapa orang ni suka sangat dekat si budak P.A system ni. Najmie Abdul dari kelas 2 Rajin sedia menunggu PUTERI Idaman dia ni setuju nak couple dengan dia. Tapi apakan daya, itu semua hanya mimpi untuk Najmie Abdul. Keep it up okay friend, sebenarnya orang tu pun suka dekat awak tapi tak nak mengaku. Itu yang dia gunakan budak P.A system untuk cover semua ni. Hahah, kalau dua-dua malu nak luahkan perasaan macam mana ni kawan ? Nanti ada yang putih mata dan melepas pulakan. ALL THE BEST untuk 'New Sweet Couple' ni anna doakan :) Ye sayang anna ' NAJMIERA ' ni. Muah muah muah sikit untuk dia.
Suara anna : "Hahaha chill lah kawan, ni baru permulaan untuk cerita kali ini. Banyak lagi yang belum anna selitkan dalam ini cerita untuk bagi meletopsss punya ! Haih baiklah kita sambung balik ye sayang anna semua ini.
Sebenarnya ni sudah ketiadaan idea untuk mengenakan kawan-kawan. Tapi dapatnya ilham ni terus anna lakukannya untuk menambahkan lagi GULA dalam cerita ini dan kurangkan GARAM dan AJINOMOTOR ye kawan-kawan. Hahaha merapu time :p Dengan cara stalk awak semua punya 'Account Facebook dan Twitter. Habislah awak semua dengan anna kali ni. Time untuk membahan senior pula kan anna :D
Ditakdirkan untuk anna bertemu dengan tiga jejaka yang cukup handsome ni. Menjadi rebutan ramai dekat sekolah tu. Asma pun ada suka dekat salah seorang dari mereka bertiga ni. Masih anna ingat lagi, sebulan selepas anna bergelar pengawas sekolah, selalu terserempak dengan mereka ni melepak dekat tangga. Tangga mana ? Ha ! Semua tangga dia merantau. Kadang-kadang tu boleh jadi gaduh kalau jumpa mereka ni. Selalu tegur benda yang sama dekat mereka ni. Alhamdulillah sekarang ni dah jadi kawan. Nak tahu siapa mereka bertiga ni ? Abang-abang handsome anna ni :) Hahaha. Orangnya adalah Akmal Muiz, Zaini dan Afiq Salidi.
Tagline untuk cerita kali ini 'Kurangkan gula dalam makanan, tapi lebihkan dalam penceritaan & Lebihkan garam dalam makanan dan kurangkan garam dalam penceritaan' Hahha hanya dalam ini sahaja ye. Dekat luar jangan digunakan, padah mengundang anda.
Diantara mereka bertiga ni, Afiq yang anna kenal dulu. Tapi masa tu belum kawan lagi, masih musuh. Afiq ni suka sangat keluarkan baju sekolah dari seluar sekolah. Sebagai seorang pengawas yang berdedikasi, anna pun menegurnya. Kadang-kadang tu dia dengar, ada kalanya dia buat tak endah je. Itu yang membuatkan anna marah. Afiq mempunyai cara jalan yang lain dari orang lain. Kenakan pula dengan jam tangan dan beg sekolah dia tu. Kalau tiada dalam kelas, tangga lah tempat tujuannya. Hahaha anna dah tahu nak cerita apa lagi pasal si Afiq ni.
Asma dan Zaini ? Oh itu semua kisah lama, betul tak korang ? Tapi masih boleh jadi kawan kan :) Dari Asma lah anna kenal si Zaini ni. Haih maklumlah dulu orang tu kan pernah bercintan cintin cinton dengan orang tu. Mula-mula rasa takut jugalah nak kawan dengan dia, bila tanya Asma dan jawapannya baik so berhajat nak berkawan dengannya.Ha, yang sorang ni suka kacau orang dekat tangga. Tak kiralah orang tu nak naik atau turun tangga. Habis semua lagu dia petik, baik lagu yang baru atau lagu yang lama. Dianugerahkan suara yang sedap, insyaAllah kalau keluar 'single' sure orang beli lah. Anna orang pertama yang akan beli. Haha i'm just kidding okay :)
Orang yang terakhir untuk cerita kali ini seseorang yang diberi nama Akmal Muiz. Suara Akmal ni pun 'not bad' lah juga. Dia ni suka sangat ambil gambar macam arnab tu, dua-dua tangannya diabuat peace dan diletakkan di pipi kanan dan kirinya. Mungkin dengan cara itu akan menampakkan dia comel dan orang akan terpikat. Hahha fikir comel la tu ye Akmal ? Okay anna faham. Oh hari tu Akmal kena denda dengan Pn.Sarah. Dia kena pegang pompom lepastu kena menari. Part tu memang anna tak boleh lupa. Jadikan kenangan yang terindah ye Akmal :) Hahha. Suka sangat dia meronda satu sekolah tu dengan Zaini dan Afiq. Kerja 'part time' dekat sekolah ye. Hari tu tak dapat datang rumah terbuka anna sebab ada show. Next datang ramai-ramai.
Banyak hikmah anna di sekolah di SMK Taman Seri Rampai ni. Salah satunya mungkin yang ini rasanya. Dapat kenal dengan korang semua sesuatu perkara yang anna takkan pernah lupakan sampai bila-bila ♥
Adoi, habis sudah perah otak ni untuk menceritakan segalanya. Rasanya sampai disini sahajalah yang anna dapat kongsikan untuk semua. Alhamdulillah anna bersyukur sangat kehadrat ilahi dapat kenal dengan awak semua. Anna berdoa agar ikatan persahabatan kita akan selalu dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T, Amin :) Dan takkan pernah putus. Dan yang belum lagi jadi kawan anna tu, janganlah awkward tegur di sekolah nanti. Anna tidak segarang yang korang semua nampak di sekolah. Doa anna yang terbaik buat semua kawan anna tidak pernah putus dan jangan pernah kita lupakan-Nya. Akhir sekali All The Best & Good Luck untuk kita semua yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada 16.10.2012 ni. Dan sekiranya ada terkasar bahasa atau menyebabkan terguris hati, anna susun sepulu jari mohon ampun dan maaf dari semua. Ini hanyalah gurauan untuk awak semua dari anna.
Lots Of Love, from me
Nur Anna ♥


No comments:
Post a Comment