Assalamualaikum, selamat malam semua putera dan puteri sayang anna. Esok dah bermula peperiksaan PMR dan diikuti Peperiksaan Akhir Tahun bagi tingkatan 1, 2 dan 4. Penghujung tahun bagi tahun 2012 kini semakin hampir. Masa yang berlalu, sangatlah cepat sampai kita tidak perasan sudah ke hujungnya.
Kalau ikut pengiraan, cuti sekolah tak sampai dua bulan lagi. Anna rasa sedih sangat untuk berpisah dengan kawan-kawan yang anna sayangi hampir satu bulan setengah. Ianya sangat lama, dan macam-macam yang boleh berlaku. Alhamdulillah anna pun dah masuk dua tahun kenal dengan rakan sekelas.Awak semua junior dan senior yang anna baru kenal, ribuan terima kasih anna ucapkan sebab sudi menjadi kawan anna dan rasa sangat gembira dapat berkawan dengan awak semua.
Sebenarnya tak tahu nak buat apa ni ? Bosan sangat-sangat. Esok dan lusa pun cuti dan tak dapat ke sekolah sebab cuti bergilir untuk Peperiksaan PMR. Jadi blog ini lah peneman anna dikala gembira atau sangat gembira. Hahaha :)
Hmm rasanya sampai dekat sini sahaja lah apa yang anna nak tuliskan. Ada masa nanti anna sambung, atau kita buka cerita baru okay :D Kalau diikutkan malam ni mama tak bagi online, tapi tadi pokcu and aunty datang. Sarah dan Puteri nak dengar lagu, jadi dapatlah online. Hehhe thank you mama.
Selamat Malam semua,


No comments:
Post a Comment