Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Saturday, 5 May 2012

   Assalamualaikum, rasanya dah lama tak update story baru dekat sini. Kehidupan kita takkan lengkap tanpa kawan. Seseorang itu yang bergelar kawan, sahabat atau rakan kepada kita dia akan sentiasa berada disisi kita dikala senang atau susah dan suka atau duka dengan niatnya berkawan kerana Allah s.w.t.

   Semua kawan-kawan kita banyak faham akan setiap perangai kita baik atau buruk. Kita tawa sama-sama dan kita tangis sama-sama. Dalam persahabatan juga, allah akan beri ujian dan akan menduga hanya untuk kita lebih rapat dan mengenali diantara satu sama lain.

  Tapi ingin anna cerita sekarang ni, anna dah buat salah dekat seorang kawan anna dan bergelar senior kepada anna. Anna bersyukur sangat kerana dikurniakan kawan macam dia, tapi sayangnya anna TAK MENGHARGAI langsung hubungan persahabatan dia dengan anna.

   Anna banyak fikir perasaan anna sahaja yang perlu dijaga, perasaan dia langsung anna tak pernah fikir. Hanya kemarahan anna sahaja yang anna tahu. Sakitnya hati dia tak pernah anna nampak. Anna redha kalau ini semua takdir dariNya.

 Mungkin dah tertulis dia hanya hadir sekejap sahaja dalam hidup anna. Apa-apa pun anna nak ucapkan terima kasih kepada senior anna itu sebab bagi anna peluang untuk berkawan dengan dia walaupun sekejap sahaja.

-Anna.

No comments:

Post a Comment