Assalamualaikum, selamat tengahari semuanya. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. Anna baru balik dari sekolah ganti untuk cuti raya haji nanti. Hari ini suasana dekat sekolah sunyi sangat, kalau hari biasa...hish tak tahu lah nak cakap macam mana.
Hari ni pelajar 2cekal yang datang tak sampai 20orang pun. Aman dunia/kelas hari ni sebab 'si bising' raysdan tak datang ! Dalam satu minggu ni, jarang nampak dia walaupun satu sekolah. Akhirnya pagi tadi waktu rehat nampak pun dia x)
Pagi tadi sampai je dekat sekolah terus pergi bilik pengawas letak bag. Lepastu pergi kacau abang erman, bersembang dengan kakak-kakakku yang baik. Topik dia pasal makanan, sebab abang erman kuat makaaan ! Hahahaha anna minta maaf abang erman sebab story dekat blog anna ni xP
Paling best sekali lepas kelas ICTL, kitaorang bahan afiq sampai gelak sakit-sakit perut. Kalau nak diingatkan balik, memang boleh gelak+menangis kelakar lah dibuatnya ! Waktu kelas sains tadi tak belajar, kitaorang semua tolong Pn.Fazlina susun kad PEKA SAINS.
Ermmm anna rasa setakat ni sahajalah anna share story apa yang berlaku di sekolah tadi.
Salam sayang, anna <3


No comments:
Post a Comment