Hari ni ada kenduri aqiqah jiran anna dekat taman setiawangsa. Majlis tu 'start' pukul 11.00pagi tapi pukul 10.58pagi anna masih tak siap-siap lagi sebab anna ingat majlis tu 'start' pukul 12.00. Hahaha malu sekejap masa tu. Lepastu mama pun mulalah marah sebab dari tadi tak siap-siap lagi. Apa lagi, kelam kabut lah anna tukar baju dan siapkan diri ni, semua benda dilanggarnya dekat dalam bilik tu. Ishh teruknya anna ni kan XD
Sampai sahaja dekat rumah dalam pukul 11.10pagi, takda pun dengar orang baca tahlil, muka pelik melanda anna sekejap. Rupa-rupanya bacaan tahlil tu pukul 10.30pagi tadi sebab ustaz sampai awal jadi bacaan tahlil tersebut diawalkan. Catering pula sampai lambat, jadi kami semua alas perut dengan makan roti jala yang dibuat oleh tuan rumah.
Pukul11.30pagi- Catering pun sampai, dan bau makanan dia memang sedap. Lauk dia ayam goreng,sotong masak sambal, nasi putih, nasi minyak dan ada buah-buahan sebagai pencuci mulut.


No comments:
Post a Comment