Anna

My photo
Light up your gallery with colourful dreams and pictures.

Sunday, 15 January 2012

Cita-cita Anna

  Hye ! Setiap orang mempunyai cita-citanya sendiri, begitu juga anna. Dulu masa anna kecil-kecil bukan main banyak lagi cita-cita, nak jadi doktor, polis, penyanyi, pelukis,cikgu dan macam-macam lagi lah kalau boleh semua nak jadil. Tapi sejak umur anna 8tahun atau 9tahun tak silap anna, anna minat tengok rekaan-rekaan baju dan kalau pergi jalan-jalan anna nampak butik pakaian pengantin, 'dress, gown' dan apa-apa je mesti anna nak tengook. Dari situlah anna rasa yang anna dah jumpa cita-cita sebenar anna akan apa yang anna nak jadi apabila sudah besar nanti.

    Sejak dari hari tu, anna ada beli satu buku kosong untuk dijadikan buku lukisan rekaan-rekaan baju anna. Kebanyakkan 'design-design; baju yang anna lukis adalah seperti, kalau ada pergi majlis, kenduri, kerja kawin dan sebagainya, anna akan tengok semua orang punya baju(perempuan) tak kira 'dress, gown, baju kurung, kebaya dan lain-lain. Dari situlah anna dapat buat satu 'design' baju yang lain-lain dan anna juga suka menggabungkan baju lain dan baju lain untuk menjadikannya suatu 'design' baju yang unik bagi anna.

   Kadang-kadang tu anna banyak juga 'refer' majalah-majalah seperti majalah pengantin, pesona pengantin dan semua majalah lah yang ada gambar baju-baju. Dari situ juga anna dapat idea yang baru dan banyak belajar tentang kegunaan warna untuk sesuatu baju yang akan dilukis.

  Kebanyakkan baju anna yang lukis adalah seperti 'dress dan lebih kepada baju-baju 'event'. Anna juga teringin nak jumpa dengan 2orang pereka fesyen yang anna minat iaitu Rizman dan Ruzaini.

  Mama dan papa selalu bagi sokongan dari belakang untuk anna menjadi seorang pereka fesyen yang berdedikasi tinggi dan mempunyai butik di seluruh negara. Semoga allah memakbulkan segala yang diimpikan oleh anna, amin.

           -Terima kasih kepada semua yang baca post anna ni, kalau ada yang terkurang, terkasar bahasa, tersilap ejaan itu semuanya datang dari anna, dan yang baik itu semuanya dari allah.

No comments:

Post a Comment